"Never
feared for anything, Never shamed but never free A life that healed a
broken heart with all that it could Lived a life so endlessly"
Jerit Farhan mendendangkn lagu itu sambil memetik tali gitarnya,saat bersantai ditepi pantai bersama beberapa orang rakannya.
(Farhan anak tunggal yg tinggal di tengah kota bersama kdua ibu
bpanya,khidupannya sederhana dan Farhan ini agak dikenali ramai kerana
sifatnya yg bgitu agak berani walaupun dia seorang yg pndiam)
"Farhan! Farhan! Farhan!" jerit Zain sambil berlari mnuju tempat Farhan bersantai.
"Kau apahal?tenang bro"
tanya Farhan,cuba mnenangkan Zain yg agak kelam kabut itu.
Zain mnarik nafas dan cuba bertenang
"Ok2,dengar ni kawan-kawan,Zai kena belasah ,kita kena tolong dia,teruk dh tu" kata Zain.
Dahi Farhan berkerut,lantas bertanya"dia ada kt mna sekarang?".
"Mari ikut aku,lekas!"jawab Zain.
Farhan dan rakannya yg lain pun terus mnuju ke lokasi itu.
***
"Zai, Ya Allah kenapa jdi mcam ni,kau ok kee???,Zain! tahan kereta
cepat! kna bawa pi Hospital ni" kata Farhan dengan pnuh cemas.
Dengan darah yg berlumuran
"Jangan risau aku ok je...Farhan,ni semua kerja Ringgo,selamatkn diri kamu" kata Zai,dengan nada yg tersekat-sekat.
Ringgo adalah seorang ahli kongsi gelap,Ringgo sangat membenci Farhan
dan rakan-rakan Farhan,kerana mereka berniaga di kawasan Ringgo tetapi
tidak mahu membayar sewa.
Bagi Farhan,mereka tidak perlu mbayar sewa
padanya,kerana kawasan itu adalah milik Majlis Daerah,bukan Ringgo.Dia
hanya berlagak menganggap kawasan itu adalah miliknya tanpa sbarang
bukti)
*Seminggu kemudian...
"Syaitonnnnnn! ,hari ini aku akn pastikn kw mati! ,kluar kau! "
jerit Farhan dgn suara keras dan lantang.
Farhan berdiri depan rumah Ringgo seorang diri,yg mna ketika itu ada berpuluh orang yg mnjadi pengawal dirumah Ringgo.
Tidak lama kemudian,Ringgo keluar dari Rumahnya dan berdepan dengan
Farhan "Haiya orang kuat sudah mariiiiii..ada apa mari sini bikin
kecoh?? mau cari ubat kasi sembuh U punya kwan si Zai ka???atau U jgak
mau tinggal itu Hospital,mcm itu U pnya kawan???"
Kata Ringgo dengan riak wajah menyindir penuh sinis.
Mendengar sindiran itu,Farhan menggenggam jari-jari tangannya,dalam
amarah,wajahnya mula merah,kebengangan,Farhan menjerit"Kauuuu MATI...! "
dan Farhan terus meluru ke arah Ringgo.
"Bakkkk,bukkkkkk" bunyi
hentaman pukulan Farhan yg menyasar kepala Ringgo dlm geram.persis
haiwan ganas.dengan hanya tiga pukulan,Ringgo terus tersungkur
jatuh,rebah ke bumi. Pengikut2 Ringgo hanya diam
tercengang,ketakutan..ia berlaku dlm hanya beberapa saat,beberapa org
drpd mereka lari bertempiaran takut dibelasah Farhan.
(Farhan,sgt
dikenali dan di sanjung kerana kehebatannya berlawan dlm stiap
pergaduhan yg tercetus di daerah mereka,ditambah lagi dengan
keberaniannya yg luar biasa dan kudrat empat keratnya yg dasyat)
*beberapa hari kmudian
"No woman no cry,no woman no cry,
No woman, no cry. Said, said,
Said I remember when we used to sit"
Seperti biasa,Farhan melayan lagu dan gitarnya ditepi pantai,pada saat
itu nafsu mguasai dirinya bukan stakat melayan lagu dan gitarnya tetapi
di temani juga bersama gulungan ganja yg mnambahkn lagi keasyikkannya
dan rakannya lain.hanyut dalam khayalan sendiri.
Dengan mata yg
kuyu bersama senyuman manis,Farhan berkata" Heiii kawan2xku,siapa saja
yg mganggu kamu,,ini dia! Farhan kasi pecah sama dia!"
"Farhan,sudahlah kau! Ringgo sampai skrg masih koma kau kerjakn,dah lah
kau pi hentam dia tak bagitahu kawan-kawan lain,pi pula seorang
diri,tunjuk hero.kau memang gila bro!"
Sahut Zai yg sudah sembuh stelah beberapa hri yg lalu di belasah Ringgo.
"Steadyyyy Zai,tu baru satu tangan aku hayun,belum dua tangan,belum dua
kaki,hahahak kamu nampak tak,temberang ada di situ?hahahak" gelak
Farhan pada Zai dan rakan yg lainnya.
(Walaupun Farhan sudah
berumur 23tahun,namun dia dan yg lainnya belum mempunyai kerja
tetap.mereka hanya brniaga kecil-kecilan menjual baju bundle di pasar
malam)
*Detik terus berlalu...
"Farhan,kau tengok cewek tu,kesiaaaan keseorangan jeer dia tu" kata Zai sambil mgangkat keningnya sbnyak dua kali.
Farhan tersengih "So,kau suruh aku yg temankanlah?kau taukh,kalau
berdua-duaan tu,akan ada yg ketiga,iaitu syaiton" dengan nada yg serius
Farhan mengatakannya.
Zai tergamam sketika,lalu mbalas,
"Alhamdulillah,Ya Ustadz betul juga tu,kalau begitu ada bagusnya kita
berjalan mnuju ke Masjid dripada brada di taman yg pnuh maksiat
ini,Maghrib pn dah hmpir ni,apa kata ustadz?"
"Hahahak,kira bagus
jugak rancangan tu,tapi tunggu hati ni dah betul-betul nak brtaubat lah
ye,hahahak cilakak betul ayat kau ni zai,hmmmph! bukan apalah Zai aku
rasa Syaiton pun takut ngan aku ni,aku rasa baik aku temankan dulu cewek
tu yeee, byeee " kata Farhan dan terus berlalu pergi ke arah wanita itu
mninggalkan sahabtnya.
***
(Walaupun prjalanan khidupan
Farhan bgitu pnuh dengan keasyikkan dunia,namun di dalam hati kecilnya
masih lagi terdapat scebis iman.stiap kali bicara,mahupun gurauan,pasti
saja ada terselit soal-soal agama meskipun tanpa disedari. Ia kerana
dari kecil Farhan sudah diterapkan dgn ilmu keagamaan oleh ibu
bapanya,sebelum akil baligh lagi dia telah mgkhatam Al-Quran dan dapat
mghafal beberapa juzuk yg shingga kini masih segar dlm dada dan
ingatannya.Selain itu,dia juga pernah mnunaikn Umrah brsama kedua org
tuanya,tetapi stelah mningkat dewasa dia trjerumus ke dlm dunia yg pnuh
godaan dan kemaksiatan.)
*Suatu hari...
"Aku rasa sperti ada yg tak kena dengan akulah skrg Farhan" kata Zai pada Farhan yg sdang termenung ditepi pantai.
Dengan bersahaja,Farhan brkata "Apesal pulak?,hmmmp tapikan,aku pun
rasa mcm tu lha Zai,sperti ada sesuatu yg tak cukup dlm diri aku
ni,tapiiiii entahlah ape ke bendanya".
"Entahlah,aku pun tak tahu
apesal ni,mungkin kena teguk sebotol arak cap tiger kot petang-petang
gini ni,barulh rasa cukup jak hahahak" Sahut Zai sambil brkata dngan
gurauan santai mereka.
Farhan tersenyum, "Hmmp betul cakap kau tu Zai,aku pun rasa begitu juga hahahak,kau pi beli satu set.PANTASSS!".
"ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR...
ASSHADUALLAILAAHAILLAH..."
(Farhan dan Zai terdiam sketika,mndengar Azan Maghrib yg dilaungkan)
"Farhan,baru jee kau suruh aku beli arak tu dh kena Azan kita,kalau dah
minum tadi silap-silap bukan kena Azan lagi, kena sembahyangkan kita ni
kot huhu"
tegur Zai mgejutkan Farhan yg sdg asyik mghayati laungan Azan itu.
"hahahak,ya betul tu,nasib kau tak beli lagi tadi,Zai.....rasanya dh
banyak dosa kita nih kan,entah besok kita mati macam manalah nasib kita
ni,huhu kita ni Zai rasanya Syaiton pun takut tak nak geng ngan kita ni
haha dah trlampau teruk" Jawab Farhan dengan mata memandang jauh
dihujung laut.
***
(Masa terus berlalu,hari berganti
hari.kehidupan Farhan terus dijalani sperti biasa.berniaga dan
melepak.sehinggalah tercetus satu pergaduhan besar antara geng Farhan
dan satu lagi geng samseng dalam daerah mereka itu.
"Esok!
pastikn ptmpuran kita akan menaikkan nama kita mnjadi legend di kota
ini,nama kita disebut-sebut suatu hari nanti walau kita sudah tiada dan
ini jga akan mnjadi satu knangan yg paling pahit dlam hdup kita biarpn
mndapat glaran legend,harap korang smua jgan jadi penakut,hutang darah,
mesti dibayar darah!" kata Farhan dengan lantang memberi 'syarahan'
pada rakannya yg lain.
Pergaduhan yg terjadi itu hanya kerana
seorang wanita,adik kepada salah seorang rakan Farhan yg telah
dibunuh.Pihak polis telah ditugaskan bagi mnjalankn siasatan trhadap
pmbunuhan itu.
Namun,bagi farhan ia adalh soal peribadi yg mlibatkan rakannya.soal maruah!
Di sebuah padang yg lapang,kedua-dua kumpulan bersemuka.
"Kau ingt geng bodoh kamu ni mampu mgalahkan kami! pi mampus smua! "jerit Joe, ketua samseng yg mnjadi musuh geng Farhan.
Farhan tersenyum lebar "Harapnya ramalan kau tu betul Joe".
Lalu Farhan membuang rokok di tangannya dan berlari meluru ke arah Joe.
(kedua kumpulan itu bertempur,menggunakan segala kudrat dan keringat yg ada. Masing-masing dikuasai dendam dan amarah,
"Farhan,belakang kau! "jerit Zai stelah terlihat seorang yg cuba menyerang Farhan dengan sbatang kayu besar.
(Farhan menoleh dan mgelak dari terkena pukulan itu,dengan keadaan
kelam kabut Farhan tanpa berfikir telah mencapai satu serpihan kaca
botol pecah terus menikam bahagian perut seorang drpd pengikut Joe.
Tiba-tiba, suasana mnjadi sepi stelah jeritan nyaring dari orang yg
tertikam itu.Semua kaku.Farhan terdiam dgn botol kaca dalam genggamannya
dipenuhi dengan darah.
"Ni...noo..nii...noo..!"Bunyi siren kereta
polis mencemaskan mereka.Masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan
diri. Tinggal seorang sahaja yg cedera teruk ditikam Farhan,mengerang
kesakitan di situ.
*Beberapa bulan kemudian...
"Aku rasa baik kita bertaubatlah"
kata Zai pada Farhan yg termenung mlihat ketenangan laut.
Farhan hanya terdiam,dia masih lagi dihantui rasa bersalah kerana dia
telah bertindak melulu,hampir membunuh orang kerana kmarahan nafsunya yg
tidak terkawal,air matanya mengalir membasahi pipi.
"Aku tahu
aku ni teruk,lebih baik aku tak lahir didunia ni,aku sdh mbunuh orang
Zai,kau tahu tak?aku mbunuh! " kata Farhan nada yg tersekat-sekat sambil
air matanya terus mgalir.
Zai menyapa "Kita bertaubatlah,berhenti buat semua ni.mungkin dah masanya untuk kita.sebelum kita mati".
"Tolong! tolong!" jeritan yg mgejutkan Farhan dan Zai yg sedang mggelamun.
(Seorang perempuan tua sedang menjerit meminta pertolongan kerana
diragut oleh dua orang lelaki bermotor dan bersenjatakan sebilah
parang,tanpa berlengah Farhan berdiri dan memerhati peragut itu.
Kebetulan mereka melalui jalan yg berhampiran dgn tempat Farhan dan Zai
melepak .Farhan bersembunyi di belakang sebuah sampan di tepi
jalan,menunggu untuk bertindak. Sebaik sahaja begitu hampir,dia bingkas
berlari keluar.
"Dusyumm!!" satu tendangan persis Bruce Lee dilepaskan. Kedua-dua peragut itu tersungkur jatuh dari motosikal.
Tiba-tiba,salah seorang peragut yg bersenjata itu terus brdiri dengan
pantas dan mghayunkan parangnya lalu terkena kepala Farhan.
***
"Farhan!,bangun!" jerit Zai dalam cemas,mnitiskan air matanya dan
memangku Farhan yg tidak sedarkan diri. Dia kehilangan banyak darah
akibat tetakan parang itu. Peragut itu sempat melarikan diri
Setelah berada selama tiga hari di Hospital,Farhan masih tidak sedarkan
diri,doktor telah sah kan bahawa Farhan dalam keadaan koma.
"Mak
cik,bersabarlah.bersamalah kita berdoa smoga Farhan cepat sedar dan
sembuh" kata Zai yg cuba mnenangkan Ibu Farhan yg sudah tiga hari
menangisi keadaan anaknya yg kritikal.
*Keesokan harinya...
"Doktor! dia sedar! " jerit Zai mberitahu Doktor stelah mlihat jari Farhan mulai bergerak-gerak.
Doktor pun bergegas mnuju ke arah Farhan dan memeriksa keadaan Farhan.
***
Beberapa hari stelah Farhan sedar,dia mulai beransur-ansur pulih dan
tidak lama kemudian, dia dibenarkan pulang kerana doktor telah
mengesahkan bahawa keadaannya telah stabil.
"Zzzzzzrrrrrr"Farhan
mbuka pintu lalu dengan langkah yg perlahan sambil mengangkat kepalanya
mendongak ke atas,merenung sayu ke arah kalimah Allah dan Muhammad yg
tergantung di bahagian atas mimbar masjid. Air mata mula berlinangan
keluar dari celah kelopak matanya.Dia keluar kembali untuk mnuju ke
tempat mengambil Whuduk,
"Usolli..sunnatan Taubati..rak'ataini.." tersedu-sedu melafazkan niat
dengan suara tangisan penuh penyesalan,lemah tangannya menahan sebak mengangkat takbir.
Selesai Sholat Farhan mgambil senaskah Al-Quran, dia terkenang waktu kecilnya. Waktu lapangnya selalu ditemani Al-Quran.
Farhan mbuka Al-Quran itu dan tanpa sengaja telah terbuka Surah
At-Taubah lalu terpandang ayat 104 yg bermaksud "Tidakkah mereka
mengetahui,bahawa Allah menerima Taubat hamba-hambaNya dan menerima
Zakat(nya),dan bahawa Allah Maha Penerima Taubat,lagi Maha penyayang?".
Dalam sebak,Farhan terus bersujud dan menangis semahunya. Mengadu pada
Tuhan menyesali segala perbuatannya,mengharapkan keampunan atas segala
kesilapannya.
Rebah seorang 'fighter' dalam sujudnya yg penuh hiba bersama airmata.
Farhan bangun,berjalan keluar meninggalkan tempat sujudnya tadi. Sebaik
sahaja dia keluar dari pintu hadapan masjid,kelihatan dua buah kereta
polis. Berdiri kedua orang tuanya di sebelah salah satu kereta polis
itu,tersenyum dalam tangisan melihat anak mereka melangkah keluar dari
masjid.
"Farhan,kamu ditahan kerana didapati bersalah dalam kes
bunuh 5bulan yg lepas" kata salah seorang anggota polis itu. Pintu
kereta dibuka,Zai keluar dari kereta polis itu dan menoleh ke arah
Farhan,Zai hanya tersenyum lalu menundukkan pandangan dan masuk kembali
ke dalam kereta.
Farhan melihat ke atas langit,,memandang cahaya bulan yang malap di celah awan tebal.
Dia berjalan turun dari tangga masjid,melangkah lemah menuju ke arah ibu bapanya. Terus memeluk erat keduanya dalam kesedihan.
"Maafkan Farhan,bu..ayah..Farhan dah menyusahkan ibu dan ayah..ampunkan
Farhan" mereka anak beranak menangis. Si ibu mengusap pipi anaknya yg
basah sambil berkata "ibu maafkanmu nak..ibu tidak membencimu sedikit
pun..sehina-hina manusia adalah manusia yg tidak mengakui
kesilapannya.kamu tidak seperti itu,anakku..pergilah.ibu dan ayah akn
menunggumu" pujuk ibunya menenangkan Farhan.
Farhan berjalan tenang ke arah polis,
sambil menghulurkan tangan menyerah diri.Dia digari,lalu memandang
wajah kedua orang tuanya,Farhan tersenyum tenang dan masuk ke dalam
kereta.
Di dalam kereta,Farhan berkata "Zai,semoga dengan hukuman
yg kita hadapi ini,Allah SWT mengampuni kita dan smoga Allah Ta'ala
mengurangkan hukuman pada kita diakhirat kelak. Tiada satu pun kesilapan
yg akan terlepas dari pembalasan,Zai. Ini hukuman dunia.Semoga kita
redha menerimanya" dengan nada yg perlahan dan tenang Farhan senyum
melihat sahabatnya itu.Mereka berdua menitiskan air mata.
Kedua-dua kereta polis berlalu pergi meninggalkan perkarangan masjid.
Farhan memandang Zai yg melihat ke luar tingkap.Dia menyapa Zai.
"Zai,kita menangis kah tadi?"
"Ya,Farhan.sekarang pun aku sedang menangis.wuuuuuu...." kata Zai.
"Sabarlah sahabat ku.Kau setia bersamaku,susah dan senang mesti ada
kau.Kita legend bro.Kita sudah pun mencipta nama di sini." kata Farhan
tersenyum.
"Farhan,aku tak malu menangis dengan kau Farhan.
Because,this is the tears of the fighters." sahut Zai yg kembali
menitiskan airmata terharu dengan kata-katanya sendiri.
TAMAT
Hasil Karya: Salamku UntukUmmat/Zaihan bin jainudin
Alhamdulillah ini adalah hasil karya saya yang ke-4 kalinya.
Buat kita hayati dan amati pengajarannya semoga bermanfaat.
Amat di alu-alukan sebarang teguran/Komen agar saya boleh memperbaiki lagi penulisan saya.Kongsikan pada rakan anda.
Sekian terima kasih.