Saturday 6 April 2013

Motivasi Gaya Rasulullah

Assalaamua'laikum....

Hari ne nak bincang Motivasi Gaya Rasulullah...;)
Nabi Muhammad SAW memang pemberi motivasi yang terbaik,mungkin perkara ne ramai yang tidak perasan jadi biarlah saya meluaskan lagi perbincangan ne...kita rujuk pada kisah-kisah dibawah ini dan lihat bagaimana Rasulullah memberi Motivasi.

Kisah 1.
Direkodkan daripada Abu Hurairah,dia berkata"seorang lelaki menemui Rasulullah,lalu dia bertanya,'Ya Rasulullah,sedekah apa yang paling besar pahalanya?"Rasulullah menjawab,'sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat,semasa kamu berasa enggan kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan.Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong.Pada waktu ini,baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk ahli waris yang itu dan sekian untuk ahli waris yang ini,padahal tanpa engkau katakan begitu,hartamu pasti akan menjadi milik ahli warism'. "

(Hadis ini direkodkan dalam Sahih Bukhari,kitab Zakat,no.Hadis:1419)

Kisah 2.
Direkodkan daripada Abu Musa,dia berkata,"Apabila pengemis menemui Rasulullah ataupun diminta sesuatu,nabi biasanya berkata kepada para sahabat,'Berikan bantuan,kalian akan mendapat pahala,dan Allah akan melaksanakan apa yang Dia mahukan melalui lisan nabi-Nya'."

(Hadis ini direkodkan dalam Sahih Bukhari,kitab Zakat,no.Hadis:1432)


"...Katakan wahai Muhammad:Sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah,maka ikutilah aku,iaitu Muhammad.Pasti Allah mencintai kamu kembali dan mengampunkan dosa-dosa kamu."
                                                      Surah Ali Imran,ayat 31.



~Bersumberkan buku 'Motivasi Gaya Rasulullah' yang ditulis oleh Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri.Ph.D~

No comments:

Post a Comment