Monday 25 November 2013

Hari ini

Assalaamua'laikum ....



Hari ini,ialah hari di mana kita harus mensyukuri kerana besok belum tentu lagi ada buat kita.
Hari ini,mata masih mampu melihat,mulut masih mampu berkata-kata,dan telinga masih mampu mendengar.
Hari ini,semua anggota badan yang kita miliki masih mampu bergerak.
Hari ini,kita senyum,kita bergurau dan melihat keindahan keliling.
Hari ini,hampir setiap saat kita melihat kepada keindahan alam sekeliling mahupun manik-manik kehidupan.
Hari ini,hampir setiap yang kita suka kita lihat.
Hari ini,sudahkah kita lihat pada hati?yang menggerakkan seluruh tubuh untuk melihat kehidupan yang sebenar?yang merasakan keindahan yang sebenar-benar keindahan?.

Sekian.


Mengapa anggota pertama yang aku tuliskan di atas,mata,mulut dan telinga? Sebelum aku pergi pada anggota tubuh kita yang lain?
Kerana ketiga-tiga itu selalu mendahului diriku.


Manik-manik kehidupan : 
Membawa maksud periasan hidup kita sehari-hari seperti lelaki itu daya tarikannya pada wanita dan begitu juga sebaliknya.

Pandangan mata kita yang sebenar bukan pada yang kita lihat selama ini.
Sabar dan berdoa insyaAllah kita akan menemukan pandangan mata kita yang sebenar.

Thursday 12 September 2013

Akal ada power???

Assalaamua'laikum ....

Jangan terkejut dengan tajuk tu,hehe
Akal tidak ada power tapi yang cipta akal punya power hihi...

Entri kali ne saya akan kongsikan sedikit text ilmu untuk kita sama-sama amalkan...

Apa yang pastinya ilmu yang bakal kita kongsikan kali ne sangat berbeza dari yang lain hehe kerana ianya melibatkan kebijaksanaan.

Lihat saja pada tajuk sudah cukup untuk kita ketahui ianya bersangkut sangat dengan kebijaksanaan.
Adakah anda mampu bezakan kebijaksanaan dengan kepandaian???
Saya beri contoh:

(Ali abang kepada abu)
Ali dan Abu bergaduh kerana berebut sebiji gula-gula.

Kepandaian akan kata: Ali berhenti bergaduh dengan adik kamu,mengalahlah adik kamu tu masih kecil.
(Pergaduhan akan berhenti tetapi ketidakpuasan di hati tetap ada kerana gula-gula tersebut tidak dapat di miliki Ali)

Kebijaksanaan akan berkata:Ali dan abu tolong berhenti bergaduh,belah dua gula-gula tu,bahagi sama rata.
(Pergaduhan akan selesai dengan senang hati dan merasa puas)

Boleh faham???

Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah,sebenarnya akal yang kita miliki ini ada power yang luar biasa,cuma kita selalu lepas pandang.
Cuma,kesilapan kita sering kali terus menggunakan akal sebelum mengingati yang mencipta akal...

Bila punya masalah.
1.releks
2.santai je
3.dzikir/ingat pada penciptamu
4.berfikirlah
5.lihatlah hasilnya(dzikir->fikir)

Dalam kehidupan kita seharian kita tidak pernah terlepas daripada sebarang masalah apatah lagi yang telah berumah tangga,kebanyakan dari kita akan jadi seperti ini"TERLALU MEMIKIRKAN MASALAH BERBANDING MEMIKIRKAN JALAN PENYELESAIAN"

Namun,apabila kita segera mencari jalan penyelesaian tanpa mengingati yang maha bijaksana,percaya dan yakinlah,sampai gigi kita reput pun tidak akan dapat menemukan penyelesaiannya.


Anda mahu bukti?bahawa akal anda punya power yang luar biasa?
Pertama lihat kisah nabimu Muhammad SAW.
Kedua BERDZIKIR atau INGAT PENCIPTAMU then mulalah berfikir...

Akal tidak digunakan saat punya masalah sahaja tapi saat dirimu berbaring di kelilingi kebahagiaan maka gunakanlah akalmu sebaik yang mungkin bahkan lebih baik dari saat dirimu punya masalah.

Blablablablabla haha banyak cakap saja,tapi apapun terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama blog saya,sampai di sini sajalah entri kali ne tangan saya pun dah nak kebas ne hohohoho...

Keep your smile my brother *(^.~)*

"Allah yang maha pengasih dan penyayang"

"Allah yang maha pengasih dan penyayang"

"Allah yang maha pengasih dan penyayang"

Kata-kata hiasan
(Renungkan andai dirimu tidak punya nama)

Tuesday 10 September 2013

Perkongsian ;)

Assalaamua'laikum dan selamat tengah hari semua *(^.~)*

Hampir dua bulan saya tidak update blog ne,huhu maklumlah sibuk saja.Apapun saya ucapkan terima kasih pada pengunjung blog ne yang terus menerus melawati.

Post kali ne kita cerita santai je lah ye.So,penulisan pun saya buat penulisan surat cinta jak,hihi.

Raya hari tu,apa citar?bestkh?mesti akan ada yang kata"bolehlh","xbest lh boring raya tahun ne",and ada juga akan cakap"alhamdulillah best sangat".Sebenarnya keseronokkan raya ne bergantung pada puasa dan kesungguhan kta sewaktu bulan ramadhan dan di bulan syawal adalah habuannya atau merasakan nikmat kemenangan.

Dalam kita santai-santai ne,saya nak kongsikan serba sedikit aktiviti saya semasa bulan ramadhan and raya ari tu hihi mesti dalam hati korang"dah terlambat !" Hehe ...*(^.~)* jummmmm...

       Ramadhan(masjid negeri sabah)

Ramadhan(Pusat perlindungan orang buta)

       Ramadhan(masjid negeri sabah)

       Ramadhan(majlis ratib haddad)

       Ramadhan(majlis ratib haddad)

    Raya(bersama keluarga at kg.Bukau)

           Raya(with my grandmother)

           Raya(At semporna sabah)

     Raya(with saudara nur haddad kk)

      Raya(with saudara nur haddad kk)

      Raya(with saudara nur haddad kk)

Ok sampai ne jak lah,penat dah tangan ne hehehe...insyaAllah next entry saya akan buka beberapa text ilmu yang akan kita sama-sama kongsikan...

Terima kasih sudi luangkan masa bersama blog saya...thanks a lot.

Keep your smile like this *(^.~)*

Friday 21 June 2013

Debaran semakin terasa dan kerinduan semakin tidak terkata.(Pesta ibadah)

Assalaamua'laikum...

Wah rasanya hampir dua minggu saya tidak update blog ne hihi,apa-apapun terima kasih pada semua pengunjung yang sudi datang,stay2x kat blog saya ne.Bila saya lihat pada traffic hampir setiap hari pengunjung tidak putus2x untuk terus bersama blog saya,agak terkejut jugak hihi terima kasih yah semua.

K,hari ne saya nak kongsikan niat puasa,terawih,doa buka puasa,doa malam lailatul qadar dan macam2x lagi hihi,maklumlah insyaAllah hanya tinggal dua minggu lagi kita akan berhadapan dengan bulan ramadhan.Ok tanpa melengahkan masa lagi mari kita mulakan.Opsssss kejap ! mari kita sama-sama ucapkan,Bismillah(dengan nama Allah) k.jum...

NIAT PUASA SETIAP MALAM
"Sengaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala."



NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
"Sengaja aku berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan ini kerana Allah Taala."



NIAT SOLAT TERAWIH
"Sengaja aku solat sunat terawih dua rakaat(mengikut imam)kerana Allah Taala."




DOA BERBUKA PUASA
"Ya Allah,bagi Engkaulah amalan puasaku ini kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka."



DOA MALAM LAILATUL QADAR
"Ya Allah ! Ya Tuhan !,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,Engkau suka mengampuni,maka ampunilah aku."


Selamat beramal *(^.~)*


DEBARAN SEMAKIN TERASA
Terawih berjemaah

Tadarus
Pasar Ramadhan 

Pasar Ramadhan

Tengah hari time ramadhan nampak benda ni hihi mesti senyum-senyum hihi




"Ya Allah,sesungguhnya Ramadhan telah dekat buat kami,sempatkanlah kami untuk menemukannya Ya Allah,Wahai Allah yang Maha pemberi Rahmat,anugerahkan dan kurniakanlah kepada kami Rahmatmu dari sisimu,Ya Allah berikanlah keizinan pada kami dengan keizinan dari sisimu agar kami dapat memanfaatkan Ramadhan tahun ini dengan sebenar-benarnya.Ampunkanlah kami Ya Allah sesungguhnya tiada tuhan yang kami sembah melainkan Engkau dan kami hambamu yang setia pada janji kami semampu kami Ya Allah dan kami akan kembali kepadamu dengan nikmat serta dosa kami maka dari itu kurniakanlah keampunan ke atas kami sesungguhnya siapa lagi dapat mengampuni dosa-dosa kami melainkan Engkau Ya Allah,Wahai Allah Ya Tuhan kami sampaikanlah salam dan sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda dan para sahabat,aamiin Ya Allah." 



NOTE (Sila rujuk pada ustaz-ustaz yang mengetahui)

Segala komen dan teguran amat dihargai sekian.Assalaamua'laikum.

Thursday 6 June 2013

PERISTIWA RINGKAS ISRAK DAN MIKRAJ

Assalaamua'laikum...

Wah lama sangat rasanya xupdate blog ne hihi,tiba-tiba rasa rajin pulak malam ne hehe.
Hari ne aku nak kongsikn kt korang semua mengenai peristiwa ISRAK & MIKRAJ.
Hari ne hari memperingati ISRAK & MIKRAJ k.6 JUN 2013.

PERISTIWA RINGKAS ISRAK DAN MIKRAJ


Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; 
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)


Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj
Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh
fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa
dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya
terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi
Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu
kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah
buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-
Haram hingga ke hari ini.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan
mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga
tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan
kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang
muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia
terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk
menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam.



SILA RUJUK PADA USTAZ-USTAZ YANG MENGETAHUI.
Teguran amat di hargai atas sebarang kesilapan dalam entry ini.Terima kasih.

Friday 24 May 2013

25 Rasul

Assalaamua'laikum...

Wah lama sangat xupdate blog ne huhu,tetiba rasa rajin hari ne nak update.
K,entry kali ne bertajuk 25 Rasul,mesti semua dah tahukn???tahu jak tu tapi xhafal,betulkah?hihi
gurau jak jangan marah yah.
Wajib tuk kita tahu 25 Rasul ne,n kalau boleh bukan setakat tahu nama jak tapi sekali dengan kisahnya,n entry aku kali ne bukan kisah 25 rasul ne,tapi hanya nama-nama 25 Rasul,nama 5 Rasul Ulul Azmi dan nama 4 Nabi yang diberi Kitab.Tapi jangan risau,saya akan beri anda link mengenai di mana anda semua boleh membuat rujukan tentang sejarah ringkas 25 Rasul ne.

Nama-nama 25 Rasul

1.Adam a.s
2.Idris a.s
3.Nuh a.s
4.Hud a.s
.5.Salleh a.s
6.Ibrahim a.s
7.Luth a.s
8.Ismail a.s
9.Ishak a.s
10.Ya'akub a.s
11.Yusuf a.s
12.Ayyub a.s
13.Shu'aib a.s
14.Musa a.s
15.Harun a.s
16.Zulkifli a.s
17.Daud a.s
18.Sulaiman a.s
19.Ilyas a.s
20.Ilyasa a.s
21.Yunus a.s
22.Zakaria a.s
23.Yahya a.s
24.Isa a.s
25.Muhammad SAW.


Nama-nama 5 Rasul Ulul Azmi.

1.Nabi Muhammad SAW
2.Nabi Ibrahim a.s
3.Nabi Musa a.s
4.Nabi Isa a.s
5.Nabi Nuh a.s


Nama-nama 4 Nabi yang diberi Kitab.

1.Nabi Musa a.s(Taurat)
2.Nabi Daud a.s(Zabur)
3.Nabi Isa a.s(Injil)
4.Nabi Muhammad SAW(Al-Quran)

Anda boleh rujuk di sini->http://joerzack.tripod.com/SEJARAH_25_RASUL.htmUntuk mengetahui serba sedikit sejarah ringkas 25 Rasul.

Maafkan saya atas sebarang kesilapan dan kekurangan dalam entry ini,teguran dan nasihat dari anda semua amatlah saya hargai,selamat beramal semua.;) Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat aamiin.


NOTA
("ULUL AZMI" Bermaksud->Mempunyai keteguhan hati yang mengkagumkan,tabah yang luar biasa dan kesabarannya tidak terbatas)

Perhatian
Sila rujuk pada ustaz-ustaz yang mengetahui.

Monday 13 May 2013

Rujukan Hukum-hukum dalam islam.(UAI)

                                                                   Assalaamua'laikum...

Entry kali ne lebih mudah berbanding entry-entry yang lepas.
Saya hanya memberi tempat rujukan,dan anda hanya perlu pilih tajuk dan tekan link.
Besar kemungkinan yang anda cari ada di sini.Saya harap ianya memudahkan anda semua dan semoga bermanfaat.

                                                                             
Perbincangan mengenai tahan kencing.

Hukum badan berpaling sedikit dari kiblat ketika solat.

Perkara sunat selepas nikah.

Penyelesaian isteri banyak cakap"potpitpotpit".

Hukum suami isteri bercium di khalayak ramai.

Jika terlepas solat subuh.

Hukum zina di sebabkan sihir.

Hukum mat rempit singgah majlis ilmu selepas dikejar polis.

Perlunya ulamak dalam memberi nasihat.

Hukum picit jerawat ketika solat.

Hukum makan makanan haram.

InsyaAllah entry seterusnya saya akan beri lebih banyak link sebagai rujukan kita semua.

Wednesday 8 May 2013

Sedekah(More people need your help)


World need money to be happy.
But after the world ends, good practice is needed.




Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya
Hadis sahih riwayat Muslim


Assalaamua'laikum...

Lihat pada hadis itu,sedekah juga termasuk antara amalan yang akan kita tinggalkan setelah kita meninggal dunia.
Oleh itu,marilah kita berlumba-lumba dalam melakukan hal kebajikan.





REMEMBER

"Money can make you failed.But money also can make you Success."

Thursday 2 May 2013

Cinta dan sayang



Assalaamua'laikum...

Open your mind and start thinking.

"Tajuk cinta dan sayang tapi gambar sungai dan hutan"mesti tu yang korang tengah fikirkan?
ok,biar saya jelaskan.
Cinta dan sayang itu tidak semestinya hanya pada sesama manusia,bayangkan jika kita sedang bercinta sesama manusia dalam masa yang sama dunia yang kita duduki ne kotor.
Seronokkah bercinta jika dunia ne kotor?

Mungkin tanggungjawab kita terhadap hidupan lain ne tidak kelihatan sangat,sebab kita sedang lalai menikmati keindahannya,bayangkan jika keindahan itu telah tiada,sudah pasti saat tu baru kita tersentak merasakan yang kita sebenarnya punya tanggungjawab yang besar.

Cintai dan sayangilah alam yang kita nikmati saat ini,mungkin ianya tidak kelihatan sangat berharga,tetapi ingatlah benda yang tidak kelihatan berharga itu akan menjadi sangat berharga saat ianya sudah punah.





Make yourself a compassionate towards all living beings in this world because everything belongs to God.
InsyaAllah, God will give a good return.

Friday 26 April 2013

Enjoy with your life

Assalaamua'laikum...

Think about your life,and ask with youself
how to have are sweet moment in your life.



I'm happy, what about you?





i'm cool,how about you?

Make sure you got a smile every day to claim your happiness in your heart.



Sincerely from me: Zaihan Bin Jainudin
To: You all.

Thursday 25 April 2013

Muhasabah Diri

Assalaamua'laikum...

Entry kali ne sya nak kita semua sama-sama muhasabah diri,bolehkan?sekejap jak luangkan masa sikit kat blog sya ne.

K,jum.

Hadirnya kita di dunia ne tanpa permintaan,dan dunia menjadi saksi melihat kehadiran kita.Sebelum ini,telah datang seorang manusia yang begitu terkenal dengan sifat kecintaannya pada sesama manusia,dan hadirnya manusia ini membawa rahmat kepada seluruh alam.Tugasnya menyebarkan agama mulia dan menyinari alam kegelapan,pelbagai perjuangan telah dilakukan demi agama yang dipertahankan,sekali lagi dunia menjadi saksi atas darah yang mengalir di dalam menegakkan agama Allah,itulah dia Muhammad SAW.
Beliau sangat mencintai umatnya sehinggakan di saat sakaratul maut pun beliau masih risau akan umatnya,siapakah umatnya???duhai para saudaraku,kitalah umatnya,kitalah umatnya,kitalah umatnya !
Kita tahu pengorbanan beliau,kita tahu beliau pembawa rahmat,kita tahu beliau menangis untuk kita,kita
tahu beliau telah banyak berperang demi agama,dan kita tahu beliau kekasih Allah,tetapi tahukah kita yang beliau sangat mengharapkan kejayaan untuk kita dunia akhirat???
Kejayaan untuk kita saudaraku,orang lain lebih risaukan diri kita berbanding diri kita sendiri,bayangkan?mengapa itu terjadi?buktinya hari ini ramai yang tidak sayang akan diri sendiri aurat terdedah,solat di tinggalkan dan sering bergaduh sesama islam,apa yang di cari hanya keseronokkan,pangkat dan harta.Mengapa terlalu fikirkan dunia para saudaraku???akhirat selamanya,dan itu kehidupan kita yang kekal,yakinlah ;(
Pergunakanlah waktu kita yang sedikit ne untuk menuju keredhoannya,kita masih belum terlambat lagi,pergunakanlah peluang ini selagi nafas mampu berhembus selagi jantung masih berdetak.

Sekian dariku.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama blog sya.


Note(Jika terdapat sebarang kesilapan harap kalian perbetulkan dan maafkan)