Friday 26 April 2013

Enjoy with your life

Assalaamua'laikum...

Think about your life,and ask with youself
how to have are sweet moment in your life.



I'm happy, what about you?





i'm cool,how about you?

Make sure you got a smile every day to claim your happiness in your heart.



Sincerely from me: Zaihan Bin Jainudin
To: You all.

Thursday 25 April 2013

Muhasabah Diri

Assalaamua'laikum...

Entry kali ne sya nak kita semua sama-sama muhasabah diri,bolehkan?sekejap jak luangkan masa sikit kat blog sya ne.

K,jum.

Hadirnya kita di dunia ne tanpa permintaan,dan dunia menjadi saksi melihat kehadiran kita.Sebelum ini,telah datang seorang manusia yang begitu terkenal dengan sifat kecintaannya pada sesama manusia,dan hadirnya manusia ini membawa rahmat kepada seluruh alam.Tugasnya menyebarkan agama mulia dan menyinari alam kegelapan,pelbagai perjuangan telah dilakukan demi agama yang dipertahankan,sekali lagi dunia menjadi saksi atas darah yang mengalir di dalam menegakkan agama Allah,itulah dia Muhammad SAW.
Beliau sangat mencintai umatnya sehinggakan di saat sakaratul maut pun beliau masih risau akan umatnya,siapakah umatnya???duhai para saudaraku,kitalah umatnya,kitalah umatnya,kitalah umatnya !
Kita tahu pengorbanan beliau,kita tahu beliau pembawa rahmat,kita tahu beliau menangis untuk kita,kita
tahu beliau telah banyak berperang demi agama,dan kita tahu beliau kekasih Allah,tetapi tahukah kita yang beliau sangat mengharapkan kejayaan untuk kita dunia akhirat???
Kejayaan untuk kita saudaraku,orang lain lebih risaukan diri kita berbanding diri kita sendiri,bayangkan?mengapa itu terjadi?buktinya hari ini ramai yang tidak sayang akan diri sendiri aurat terdedah,solat di tinggalkan dan sering bergaduh sesama islam,apa yang di cari hanya keseronokkan,pangkat dan harta.Mengapa terlalu fikirkan dunia para saudaraku???akhirat selamanya,dan itu kehidupan kita yang kekal,yakinlah ;(
Pergunakanlah waktu kita yang sedikit ne untuk menuju keredhoannya,kita masih belum terlambat lagi,pergunakanlah peluang ini selagi nafas mampu berhembus selagi jantung masih berdetak.

Sekian dariku.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama blog sya.


Note(Jika terdapat sebarang kesilapan harap kalian perbetulkan dan maafkan)

Wednesday 24 April 2013

Doa Qunut


Assalaamua'laikum ;)

K,entry kali ne adalah menghafal doa Qunut,ada tidak yang masih belum hafal?
jika ada,marilah menghafal jangan kata "mm panjangnya,susahlah nak hafal ne,nanti2x jaklah"
memang rasa susah nak hafal jika kita hanya mencuba sekali,kita ambiklah seminggu atau sebulan,cuba hafal
sedikit demi sedikit insyaAllah di permudahkan.

Ne Qunut original tau,bukan yang Qunut pendek Qunut panjang tu,bunyi Qunut yang panjang "Qunuuuuuuttttttttt",yang pendek"Qunutt" ark bukan yang ini tau ! hihi...
k,sebelum mula menghafal pastikan niat tu lurus,pastikan ianya kerna Allah SWT.






Selamat menghafal ;)

PERHATIAN(Sila rujuk pada ustaz-ustaz yang mengetahui)

Tuesday 23 April 2013

Ustaz yang tersohor di Malaysia

Ustaz Azhar Idrus




Ustaz Don Daniyal



Ustaz Kazim Elias






Ustaz Akhil  hayy


InsyaAllah kamu semua kenal dengan ustaz-ustaz ne kan???
ne adalah antara ustaz yang terkenal di negara kita,bukan kerana paras rupa mereka tetapi kerana ilmu mereka,itulah antara cara Allah memuliakan sesiapa sahaja yang di kehendakinya.

Sekian,Assalaamua'laikum.

Monday 22 April 2013

Mandi wajib

Assalaamua'laikum...

k,entry kali ne soal mandi wajib,penting ke mandi wajib ne????nak tahu betapa pentingnya mandi wajib ne?
mandi wajib ne antara yang menjadi penentu solat kita sah atau tidak,sekiranya mandi wajib kita tidak sah maka sudah tentu solat kita pun turut tidak.So,pandang serius dalam bab ne.

Mandi wajib ada tiga rukun

1.NIAT

2.MERATAKAN AIR KE SELURUH ANGGOTA BADAN.

3.MENANGGALKAN NAJIS PADA SELURUH ANGGOTA BADAN.

Pastikan ketiga-tiga rukun di atas tiada yang tertinggal semasa melakukan mandi wajib.



NIAT MANDI WAJIB




Selamat beramal ;)

PERHATIAN(Sila rujuk pada ustaz-ustaz yang mengetahui)

Kepada para pengunjung blog ne bolehlah tinggalkan sebarang comment,ianya bertujuan untuk saya memperbaiki setiap penulisan entry saya.Jangan lupa tekan button Like at blog ne yah n button Follow.

Saturday 20 April 2013

Bersenam

Selamat pagi kepada para pengunjung blog saya....;) semua sihat x? tngok kt traffic hari ne memang ramai pengunjung yah,awal pagi lagi tu...;) terima kasihlah yah sudi datang ke blog ne...

Bah jum lah kita bersenam bah,sabah bah hihihi...
k,pilih jak mana contoh yang korang nak ikut di bawah ne,simple jak.




Pilihan pertama




Pilihan kedua





Pilihan ketiga


Selamat bersenam ;) pilihan ketiga tu gurau ja :P,jangan nak berani p try kalau ilmu xcukup di dada,budak tu jangan heran ilmu dia bukan setakat di dada,kt tangan,kt perut,kt kaki,kt kepala pun dia ada tu hihi...



Kepada para pengunjung blog ne bolehlah tinggalkan sebarang comment,ianya bertujuan untuk saya memperbaiki setiap penulisan entry saya.Jangan lupa tekan button Like at blog ne yah n button Follow.

Surah Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas

Assalaamua'laikum...

k entry kali ne bacaan al-fatihah dan surah al-ikhlas...
entry kemarin tentang niat solat dan doa iftitah,k sekarang kita akan pergi kepada dua surah ne pula.




Surah Al-fatihah berserta terjemahan






Surah Al-Ikhlas berserta terjemahan

Selamat menghafal ;)
semoga ianya bermanfaat untuk dunia dan akhirat.


PERHATIAN(Sila rujuk pada ustaz-ustaz yang mengetahui)

Kepada para pengunjung blog ne bolehlah tinggalkan sebarang comment,ianya untuk saya memperbaiki setiap penulisan entry saya.Jangan lupa tekan button Like at blog ne yah n button Follow.

Friday 19 April 2013

Jum belajar


k,mari kita belajar soal niat solat dan bacaan iftitah,kita belajar dua benda ne dulu n selebihnya kita
akan belajar pada post saya yang seterusnya...

jum menghafal dan fahami maksud niat dan bacaan iftitah...;)






Niat solat dengan terjemahannya






Doa iftitah dan terjemahannya




Semoga perkongsian ilmu ne bermanfaat ya...selamat belajar dan selamat menghafal,InsyaAllah nanti saya akan kongsikan lagi bacaan-bacaan dalam solat.(Doa iftitah jugak dibaca dalam solat yah.)
Mungkin perkongsian kali ne dah ramai yang tahu tapi saya percaya banyak jugak yang memerlukan ilmu ne...


PERHATIAN(Sila rujuk pada ustaz-ustaz yang mengetahui)

Thursday 18 April 2013

Jum belajar berwuduk



Assalaamua'laikum...
k,hari ne nak ajar cara mengangkat hadas kecil dengan betul...;)
Memang benda ne nampak mudah tapi xapa mari kita sama-sama berkongsi ilmu semoga ianya bermanfaat...

ne Tutorial cara nak ambik air sembahyang...:)














RUKUN BERWUDUK ADA 6 ANTARANYA IALAH:

A) Berniat.

B) Membasuh muka.

C) Membasuh kedua tangan hingga ke siku.

D) Membasuh separuh kepala.

E) Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.

F) Tertib.

PERHATIAN(sila rujuk pada ustaz-ustaz yang mengetahui)

Antara tempat yang tercantik di dunia

Mari kita melihat keindahan alam yang telah di cipta Allah SWT khas buat kita ;)
Allah ciptakan semua ne agar kita dapat melihat betapa hebatnya kekuasaannya...
Maha suci Allah yang telah menciptakan tiap-tiap sesuatu...


Ice Canyon yang terletak di Greenland ini terbentuk oleh Meltwater dan ianya sedalam 150 kaki (45 meter).

Plitvice Lakes National Park adalah taman negara yang tertua di Eropah Tenggara dan merupakan taman terbesar di Croatia.

College the Valleyfield Sebuah universitas pendidikan di Quebec, Kanada, dengan pemandangan kampus yang tidak ada duanya di dunia.

Pamukkale,Turki (Pamukkale)dalam bahasa Turki bermaksud istana kapas, dan juga dipanggil istana putih kerana persekitarannya yang keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam air.

Wednesday 17 April 2013

ANTARA TOKOH SAINTIS ISLAM

AL-MAS'UDI
 
Abu al – Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al – Hasyn b. 'Abdullah al – Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau berusia 20 tahun.

SUMBANGAN AL-MAS'UDI

Bidang Ilmu Geografi

Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain.


JABIR IBNU HAYYAN ( 750 – 803 m )

Jabir Ibnu Hayyan adalah seorang tabib Arab yang terkemuka di dunia. Beliau hidup pada awal pemerintahan Abbasiyah ( akhir abad kelapan dan awal abad kesembilan ). Beliau adalah salah seorang pakar kimia yang berasal dari Kufah ( Iraq)  Nama penuh beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dikenali juga dengan gelaran Al Harani dan merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua.
Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid.

SUMBANGAN TOKOH

Jabir telah berjaya menghasilkan lebih kurang 190 karya yang mengandungi dua senarai. Senarai pertama mengandungi  sebanyak 112 buah, manakala senarai kedua pula sebanyak 70 karya yang merangkumi perbahasannya dari sudut falsafah, kimia, kedoktoran, dan alam semulajadi. Di antara karya beliau yang terkenal ialah Al-Malik Al-Rahmat, Al-Tajmi, Al-Asrar, kitab Al-Sab'in, kitab Al-mizan, kitab Al-Kimia. Kitab Al-Kimia dan  Al-Sab'in telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin.


AL-KHAWARIZMI & SUMBANGAN
 
LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Sumbangan hasil karya beliau, antaranya ialah :

Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.


Note: Sila rujuk kepada ustaz-ustaz yang mengetahui.

Bersumberkan (Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta,504800 Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan.)

Tuesday 16 April 2013

Keindahan Rumah Allah

Masjid Kristal (MALAYSIA)

Masjid Korea

Masjid Brunei

Masjid England

Al-Aqsa

Masjid Biru Istanbul

Masjid Qatar

Sunday 14 April 2013

Bahagia yang abadi menjadi impian






Sering aku menemukan cinta,
Namun semua tak bertahan lama
Semua berakhir tanpa rasa
Hanya sedikit sakit yang tak lama

Aku tahu tak ada cinta sejati selain cinta Illahi
Cinta yang sering orang sebut sebagai cinta yang hakiki
Yang akan selalu ada dalam diri hingga mati
Bahkan sampai datangnya kehidupan yang kedua kali

Itulah cinta Allah kepada hambanya
Yang tak terukur oleh kata dan pena
Cinta yang akan membawa bahagia
Kepada setiap insan yang bertaqwa


Saturday 13 April 2013

Mari merenung sejenak


Assalaamua'laikum...

Mengapa tajuk tu lain macam jee???hihihi mesti ada pusing-pusing soalan gitu kt kepala korangkan...
xpa,sebenarnya hari ne saya nak bawa korang semua untuk kembali merenung apa yang telah terjadi pada
diri kita selama ne...

OK.Setiap hari kita ada 24jam,betul x? k,dalam 24jam ne boleh saja terjadi benda-benda yang di luar fikiran kita dan dalam 24jam ne jugak InsyaAllah pasti ada yang kembali berjumpa tuhan semesta alam...
Kita bekerja,kita enjoy,kita bergurau,n kita juga punya waktu untuk berehat,bayangkan berapa banyak masa yang telah kita gunakan untuk semua tu???InsyaAllah sangat mustahil dalam sehari kita tidak melakukan semua tu,xkanlah dalam sehari tu kita duk termenung jak memanjang...

Ditambah lagi laman sosial ne,hihi saya sendiri pun tidak terlepas dari benda ne,Facebook,Twitter,Blogger,Tagged,Twoo,n bermacam-macam lagi,untuk semua ne sekurang-kurangnya kita ambik masa 3@4jam.Betul???setakat seminit dua minit jak nak online mesti gantungkan...hihi...

So sebab tu,marilah kita duduk sekejap lalu merenung kembali apakah berbaloi setiap benda yang kita lakukan dalam sehari-hari yang kita lalui,renungkan...tanya pada diri...
Jika kita luangkan masa untuk dunia berjam-jam,so hanya berapa jam yang kita gunakan untuk beribadah pada ALLAH???yah memang bekerja,n laman sosial boleh saja jadi ibadah tapi itupun jika NIAT kita lurus...
Kenapa saya kata begitu?sebab itu memang kenyataannya,kita ne bila dah lalai,gembira,kita pasti terlupa
pada NIAT kita...

Wahai sahabatku semua,sungguh Allah menyayangi kita semua,dia masih memberikan kesempatan untuk kita, agar terus menikmati kehidupan dan kembali(bertaubat) padanya...Tapi sedarkah kita untuk semua tu???

Jika merasa diri masih punya kesempatan untuk kembali(bertaubat) padanya,segerakanlah meskipun hanya sekali istigfar.




"Wahai Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang,

 ampunkanlah dosa-dosa yg telah kami sengaja mahupun yg tidak kami sengaja,

   sungguh siapa lagi dapat mengampunkan dosa kami selain engkau,

    Aamiin ya Allah..."

Friday 12 April 2013

Tutorial edit gambar dengan mudah

GAMBAR HANYA SEKADAR HIASAN TAPI KATA-KATA TU BUKAN HIASAN HIHI TU MOTIVASI


Kali ne nak ajar cara edit gambar dengan cara yang paling mudah...
hanya ada tiga langkah sahaja. 


       Langkah pertama ->Klik- http://www.photoscape.org/ps/main/download.php

Langkah kedua->Editlah sesuka hati

Langkah ketiga->SAVE

Selamat mencuba ;)
Jangan lupa like atau comment yah bila dah success edit pic kamu tu...;)


Tutorial Bunga Sakura Bertaburan pada blog anda.

Assalaamua'laikum...

Macam mana nak buat bunga Sakura bertaburan pada blog???Jangan pening memikirkannya...;)
Lihat anak panah tu,tulah contoh bunga sakura ;)
Biar saya ajar ye,mungkin ada dah yang tahu tapi xpa saya ajar pada yang xtahu...:)

ok...Ikut arahan di bawah ne.

Langkah pertama->Pergi ke Dashboard (pastikan dha login blog ye..)

Langkah kedua->Tekan Layout.Kemudian tekan Add a Gadget .

Langkah ketiga->Edit Html/javascript.

Langkah empat->Copy n paste kod kat bawah nee k.

<script src='http://blogtrikdantips-blogspot.googlecode.com/files/SakuraRain.js' type='text/javascript'/></script>

Langkah kelima->SAVE.

Dah tu lihatlah hasilnya...selamat mencuba ;)

Thursday 11 April 2013

Nasihat dan motivasi buat diriku

Add caption

Setiap manusia punya impian masing-masing begitu juga aku,n bagi akulah rasanya setiap
manusia boleh berjaya kerana terlalu banyak orang-orang yang berjaya pada saat ini,begitu 
banyak sekali yang kehidupannya pada masa dahulu sangat susah,tapi atas usaha yang gigih
mereka kini menjadi aset yang bernilai untuk negara dan orang keliling.Oleh sebab itu,
aku juga kena mengubah kehidupan aku agar aku juga boleh menjadi manusia yang bermanfaat
pada manusia lain,aku kena usaha sedaya yang mampu insyaALLAH suatu saat nanti
ianya menjadi satu kejayaan yang sangat-sangat bernilai bukan sahaja untuk dunia
malah AKHIRAT.



Setiap hari yang ku lalui pasti ianya berlainan cerita perjalanannya tapi akan kupastikan
ianya berlalu penuh dengan keimanan kerana aku mengharap setiap saat yang ku lalui punya
keimanan pada ALLAH agar di akhirat kelak aku dapat perlindungan ALLAH yang pada hari itu
tiada perlindungan selain perlindungannya.


Wednesday 10 April 2013

MARI BERPANTUN ;)


PISANG EMAS DIBAWA BERLAYAR
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
KAT PASARAYA TAK ADA HUTANG HUTANG
KALAU NAK, BAYAR, CASH ON DELIVERY.


KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT
KAJANG HAMBA MENGKUANG LAYU
KAIN PAK MALAU, MAK LIMAH YANG LIPAT
KAIN AKU, SI PENCURI YANG SAPU.



Bunga melur bunga siantan,
            Elok di simpan di dalam peti;
Cinta dan sayang bukan mainan,
            Harap dibawa hingga ke mati.



Terbang tinggi si rama-rama,
            Singgah sebentar di batang cempaka;
Rupamu menawan bak bulan purnama,
            Menjadi penawar dikala duka.



                                                                        Limau purut di tepi rawa,
                                                                              buah dilanting belum masak
                                                                        Sakit perut sebab tertawa,
                                                                              melihat kucing duduk berbedak.




                                            Anak bakau di rumpun salak 
                                                     Patah taruknya ditimpa genta 
                                            Riuh kerbau tergelak-gelak 
                                                     Melihat beruk berkaca mata.


Tuesday 9 April 2013

Biodata Nabi Muhammad


NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manap bin Qusai bin Kilab bin Ka’ab bin bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Nazar bin Kinanah bin Khuzaman bin Mudrikah bin Ilyas bin Mazar bin Ma’ad bin Adnan.

TEMPAT LAHIR : Kota Mekah.
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah / 20 April 571 Masihi.
NAMA IBU : Aminah binti Wahab bin Abdul Manap.
PENGASUH PERTAMA : Barakah al-Habsiyah.
NAMA IBU SUSUAN PERTAMA : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
NAMA IBU SUSUAN KEDUA : Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah.
GELARAN : Al-Amin atau yang dipercayai.
NAMA ISTERI PERTAMA : Siti Khadijah.
UMUR KETIKA BERKAHWIN : 25 tahun.
NAMA DATUK : Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.
NAMA BAPA SAUDARA : Abu Talib.
UMUR DIANGKAT MENJADI RASUL : 40 tahun.
MULA MENERIMA WAHYU : 610 Masihi.
BERDAKWAH SECARA SEMBUNYI : 3 tahun.
BERDAKWAH SECARA TERANG : 10 tahun.
TARIKH HIJRAH KE MADINAH : Khamis 1 Rabi’ul Awal tahun ke 13 selepas diangkat menjadi Rasulullah s.a.w. Berumur 53 tahun / 624 Masihi.
TARIKH WAFAT : Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi.
UMUR KETIKA WAFAT : 63 tahun.
KUBUR : Madinah Al-Munawarah


NOTE: Untuk keterangan yang lebih lanjut sila rujuk kepada ustaz-ustaz.

(Jika terdapat sebarang kesilapan sila tegur & perbetulkan) TERIMA KASIH. ;)      (^.~)


TENTANG KITA DALAM GEMBIRA


Assalaamua'laikum...

Hari ne nak cerita sikit 'tentang kita dalam gembira',bagi saya ianya satu tajuk yang menarik dan saya akan cuba untuk berkongsi dengan anda semua soal tajuk ne...

Anda perasan x? hampir setiap hari kita dalam kegembiraan,tidak kiralah apa jua segi kegembiraan tu..
Bergurau bersama teman,saling berkongsi kisah,dan bermacam...
Laman sosial juga menjadi  tempat menghiburkan diri sehinggakan kekadang ianya membuatkan kita lalai,betul x???hihi jangan tipu ye...

Bila kita duduk berseorangan kita pasti akan berangan-angan,pelbagai cerita yang kita karang dalam angan tu,sampai2x kita senyum sorang2x diri,hihi...
Angan-angan tu jugak salah satu nikmat gembira yang kita sering nikmati...
Sekarang cuba lihat kembali betapa banyak kegembiraan yang kita nikmati setiap hari.

Kawan-kawan apa yang menyedihkan dalam kegembiraan ne ialah jika kita terlupa soal MAUT ,
sedangkan MAUT tu sentiasa menghampiri kita dalam setiap detik yang kita lalui,tetapi kegembiraan itu telah mengaburi kita bahawa MAUT sedang menghampiri...
Jika benar kita sayang sahabat kita,keluarga kita dan orang keliling INGATKANLAH mereka bahawa MAUT sentiasa menghampiri...

~~~Pastikan kegembiraan kita semua dalam keimanan~~~           (^.~)

Monday 8 April 2013

RUKUN ISLAM & RUKUN IMAN

Ingat benda ne memang mudah tapi sebenarnya benda yang mudah ingat ne jugaklah yang mudah lupa,
apalagi nak mengamalkannya...

RUKUN ISLAM

1) Mengucap dua kalimah Syahadah
2) Mendirikan solat lima waktu
3) Berpuasa di bulan Ramadhan
4) Mengeluarkan Zakat
5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan

RUKUN IMAN

1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
3) Beriman kapada kitab-kitab
4) Beriman kepada Rasul-rasul
5) Beriman kepada hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Sunday 7 April 2013

Mencuba

~MENCUBA~

Mencuba : Adalah melakukan sesuatu perkara yang belum pernah dilakukan.
               : Boleh jadi juga sesuatu perkara yang sudah dilakukan namun mengalami kegagalan.

Dalam kehidupan ini mencuba tersangatlah penting,kerana tanpa mencuba kita tidak akan menemukan sesuatu kepastian & kepuasan diri.

Tetapi harus ingat adakalanya kita gagal setelah mencuba.Katakan pada diri"jangan pernah mengalah kerana kita masih punya peluang untuk terus mencuba."

Tidak rugi jika kita mencuba sesuatu perkara yang bermanfaat.

Cerita rekaan yang lucu(Sekadar Menghibur)

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 :
"Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"

Pening ;)

Masa nak update blog ne...;) 
Nak tahu kenapa title tu PENING???HIhihihi bacalah apa yang saya taip kat bawah ne...
Alkisah....jengjengjeng...;)

Bila kita buat benda yang kita tak faham memang memeningkan kepala hihih...
Tapi sebab semangat tu kuat tetap juga nak cuba memahamkan diri dengan benda yang belum difahami ne...
hihih nak tahu pening kenapa???hah ! ne lha pasal blog ne,faham-fahamlah budak baru belajar ...;)
Apa-apapun kita kena belajar bila dha minat dengan sesuatu benda tu biarpun terasa sukar...
InsyaAllah lama kelamaan akan biasa jugak...;)

PaSal tu lah pening tu...:)

~Tidak rugi jika mencuba~

Saturday 6 April 2013

Motivasi Gaya Rasulullah

Assalaamua'laikum....

Hari ne nak bincang Motivasi Gaya Rasulullah...;)
Nabi Muhammad SAW memang pemberi motivasi yang terbaik,mungkin perkara ne ramai yang tidak perasan jadi biarlah saya meluaskan lagi perbincangan ne...kita rujuk pada kisah-kisah dibawah ini dan lihat bagaimana Rasulullah memberi Motivasi.

Kisah 1.
Direkodkan daripada Abu Hurairah,dia berkata"seorang lelaki menemui Rasulullah,lalu dia bertanya,'Ya Rasulullah,sedekah apa yang paling besar pahalanya?"Rasulullah menjawab,'sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat,semasa kamu berasa enggan kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan.Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong.Pada waktu ini,baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk ahli waris yang itu dan sekian untuk ahli waris yang ini,padahal tanpa engkau katakan begitu,hartamu pasti akan menjadi milik ahli warism'. "

(Hadis ini direkodkan dalam Sahih Bukhari,kitab Zakat,no.Hadis:1419)

Kisah 2.
Direkodkan daripada Abu Musa,dia berkata,"Apabila pengemis menemui Rasulullah ataupun diminta sesuatu,nabi biasanya berkata kepada para sahabat,'Berikan bantuan,kalian akan mendapat pahala,dan Allah akan melaksanakan apa yang Dia mahukan melalui lisan nabi-Nya'."

(Hadis ini direkodkan dalam Sahih Bukhari,kitab Zakat,no.Hadis:1432)


"...Katakan wahai Muhammad:Sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah,maka ikutilah aku,iaitu Muhammad.Pasti Allah mencintai kamu kembali dan mengampunkan dosa-dosa kamu."
                                                      Surah Ali Imran,ayat 31.



~Bersumberkan buku 'Motivasi Gaya Rasulullah' yang ditulis oleh Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri.Ph.D~

Peringatan

Ingatlah pada ALLAH pasti ALLAH akan ingat padamu...

Mohonlah ampun pada ALLAH pasti ALLAH akan mengampunkanmu...

Apabila kamu kesulitan bukalah Al-Quran baca dan fahami maksudnya...

Berjihadlah menentang nafsumu dan jangan pernah mengalah...

Berselawatlah pada nabi MUHAMMAD SAW setiap hari...

Cintailah ALLAH dan RASULNYA pasti kamu tidak akan pernah kecewa...




(Peringatan untuk diriku & para pembaca)



~ORANG YANG PINTAR ORANG YANG MENGINGATI HARI MATI~