Saturday 11 July 2015

Ikhlas.

IKHLAS.

Assalaamua'laikum...
Terlebih dahulu aku mohon maaf buat para pengunjung kerana terlalu lama sudah aku tak update blog ni.^^

Malam ni,mari kita sama-sama merenung,apa yang ada pada"Ikhlas".

Bila sebut soal"Ikhlas" ianya meluas,seperti ikhlas memberi pertolongan,ikhlas dalam berkasih sayang,ikhlas dalam mencintai,ikhlas dalam perkerjaan,ikhlas dalam berteman dan lain-lain lagi.

Untuk bahagia,ianya kenalah bermula dari hati,kerana dari hatilah timbulnya"NIAT" dan daripada niat itulah kita akan tahu sejauh mana kita meletakkan "keikhlasan" di dalam hati kita untuk melakukan sesuatu perkara.

Sebagai contoh,cuba kita renung setakat perjalanan kita sejak kecil hinggalah kini.Tanya pada diri,apa benar kita ikhlas dalam bersahabat?,jika "Ya".Pernahkah mendoakan sungguh-sungguh kebahagian buatnya? dan pernahkah kita hadir di sisinya memberi apa daya mampu kita untuk membantunya saat ia benar-benar perlukan pertolongan?.

"Innamal a'malu binniyat",
"tiap-tiap sesuatu bermula dari niat",dan hanya niat yang ikhlas bakal di terima.

Tidak dinamakan cinta,andai"ikhlas" itu tidak pernah ada dalam percintaan.

Tidak dinamakan sahabat,andai"ikhlas" itu tidak pernah ada dalam persahabatan.

Tidak dinamakan kasih sayang,andai"ikhlas"itu tidak pernah ada didalam kasih mengisi.

Sama-sama kita merenunginya,semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Thursday 28 May 2015

Sempurnakan cinta.

Assalaamua'laikum semua.

Hidup ini,tidak pernah lepas untuk merasakan rasa cinta.Kerana itu adalah fitrah yang sudah tertulis buat kita semua sebelum lagi diri kita berjasad.
Apa yang membezakan cinta itu antara kita semua adalah bagaimana cara kita mengendali hati dan membawa cinta itu ke arah yang benar mahupun kepada yang lebih baik.
Setiap perasaan cinta yang lahir pada hati kita semestinya inginkan permulaan namun tidak sesekali inginkan pengakhiran kerana kita tahu untuk menjadikan cinta itu"selamanya" pastinya tidak punya pengakhiran.
Namun,setiap kisah cinta yang kita lalui pasti ada pahit dan manisnya,kekadang bagi yang tidak mampu menangani kepahitan dalam percintaan akan terus menerus menjunam dalam kegagalan hingga merasa berputus asa dalam meneruskan hidup di alam maya ini.
Hanya hati yang jujur dan ikhlas dalam menerima cinta itu akan merasa nikmat kebahagiaan yang sebenar,kerana disebalik rasa jujur dan ikhlas itu terselindung satu rasa yang dikenali sebagai "menghargai".
Bilamana,kita mula merasa dan faham apa itu erti"menghargai", pastinya setiap detik kita akan selalu membawa hati kita lebih berhati-hati dan sentiasa bertawakal agar dijauhkan daripada "kecurangan".
Berjuta yang gagal dalam bercinta,hanya kerana terlepas pandang erti "menghargai".
Hargailah mereka yang benar-benar sayangkan diri kita,yang sudah banyak berkorban dan sudah meletakkan hati serta dirinya dalam cinta yang sudah dibina bersama selama ini.

"Kadang,sesuatu yang berharga disaat kita kehilangannya baru kita mula menyedarinya.Sedangkan waktu itu,sudah terlalu terlambat untuk menyedarinya."

Write by: Zaihan Jainudin

Tuesday 5 May 2015

Indahnya laut

Indahnya laut serba kebiruan,dihiasi dengan terbit dan tenggelamnya matahari.Dalam renungan ianya seperti tiada tepi mahupun penghujung,moga suatu saat hadirnya bahagia seperti indahnya laut.

Write by : Zaihan Jainudin.

Sunday 26 April 2015

Indah Yang Terselindung

Assalaamua'laikum

Mata melihat jauhnya perjalanan seperti tiada penghujung,sedangkan
kalbu sering berbisik menyatakan perjalanan ini terlalu singkat.
Langkah demi langkah dicatur mencari sedikit bahagia,kuning emas bersinar terang menyilaukan mata-mata yang memandang.
Lenanya jasad seperti terapung diatas tiupan angin yang tiada henti,tertutuplah pandangan yang jauh tenggelam dibawah udara.
Bernafas dalam ingat seperti permata dikelilingi besi,wujud sinarnya sukar dicari.

Duduk aku termenung memerhati tenggelamnya matahari,lautan terasa tenang dan mendamaikan.
Moga akhir nanti,bahagia semua tiada bertepi seperti lautan dalam tatapanku ini.
Hanya bahagia sepanjang waktu,tiada noktah akhir yang ditemui.

Luahanku : Zaihan jainudin.

Friday 23 January 2015

TEARS OF A FIGHTER

"Never feared for anything, Never shamed but never free A life that healed a broken heart with all that it could Lived a life so endlessly"
Jerit Farhan mendendangkn lagu itu sambil memetik tali gitarnya,saat bersantai ditepi pantai bersama beberapa orang rakannya.
(Farhan anak tunggal yg tinggal di tengah kota bersama kdua ibu bpanya,khidupannya sederhana dan Farhan ini agak dikenali ramai kerana sifatnya yg bgitu agak berani walaupun dia seorang yg pndiam)
"Farhan! Farhan! Farhan!" jerit Zain sambil berlari mnuju tempat Farhan bersantai.
"Kau apahal?tenang bro"
tanya Farhan,cuba mnenangkan Zain yg agak kelam kabut itu.
Zain mnarik nafas dan cuba bertenang
"Ok2,dengar ni kawan-kawan,Zai kena belasah ,kita kena tolong dia,teruk dh tu" kata Zain.
Dahi Farhan berkerut,lantas bertanya"dia ada kt mna sekarang?".
"Mari ikut aku,lekas!"jawab Zain.
Farhan dan rakannya yg lain pun terus mnuju ke lokasi itu.
***
"Zai, Ya Allah kenapa jdi mcam ni,kau ok kee???,Zain! tahan kereta cepat! kna bawa pi Hospital ni" kata Farhan dengan pnuh cemas.
Dengan darah yg berlumuran
"Jangan risau aku ok je...Farhan,ni semua kerja Ringgo,selamatkn diri kamu" kata Zai,dengan nada yg tersekat-sekat.
Ringgo adalah seorang ahli kongsi gelap,Ringgo sangat membenci Farhan dan rakan-rakan Farhan,kerana mereka berniaga di kawasan Ringgo tetapi tidak mahu membayar sewa.
Bagi Farhan,mereka tidak perlu mbayar sewa padanya,kerana kawasan itu adalah milik Majlis Daerah,bukan Ringgo.Dia hanya berlagak menganggap kawasan itu adalah miliknya tanpa sbarang bukti)
*Seminggu kemudian...
"Syaitonnnnnn! ,hari ini aku akn pastikn kw mati! ,kluar kau! "
jerit Farhan dgn suara keras dan lantang.
Farhan berdiri depan rumah Ringgo seorang diri,yg mna ketika itu ada berpuluh orang yg mnjadi pengawal dirumah Ringgo.
Tidak lama kemudian,Ringgo keluar dari Rumahnya dan berdepan dengan Farhan "Haiya orang kuat sudah mariiiiii..ada apa mari sini bikin kecoh?? mau cari ubat kasi sembuh U punya kwan si Zai ka???atau U jgak mau tinggal itu Hospital,mcm itu U pnya kawan???"
Kata Ringgo dengan riak wajah menyindir penuh sinis.
Mendengar sindiran itu,Farhan menggenggam jari-jari tangannya,dalam amarah,wajahnya mula merah,kebengangan,Farhan menjerit"Kauuuu MATI...! " dan Farhan terus meluru ke arah Ringgo.
"Bakkkk,bukkkkkk" bunyi hentaman pukulan Farhan yg menyasar kepala Ringgo dlm geram.persis haiwan ganas.dengan hanya tiga pukulan,Ringgo terus tersungkur jatuh,rebah ke bumi. Pengikut2 Ringgo hanya diam tercengang,ketakutan..ia berlaku dlm hanya beberapa saat,beberapa org drpd mereka lari bertempiaran takut dibelasah Farhan.
(Farhan,sgt dikenali dan di sanjung kerana kehebatannya berlawan dlm stiap pergaduhan yg tercetus di daerah mereka,ditambah lagi dengan keberaniannya yg luar biasa dan kudrat empat keratnya yg dasyat)
*beberapa hari kmudian
"No woman no cry,no woman no cry,
No woman, no cry. Said, said,
Said I remember when we used to sit"
Seperti biasa,Farhan melayan lagu dan gitarnya ditepi pantai,pada saat itu nafsu mguasai dirinya bukan stakat melayan lagu dan gitarnya tetapi di temani juga bersama gulungan ganja yg mnambahkn lagi keasyikkannya dan rakannya lain.hanyut dalam khayalan sendiri.
Dengan mata yg kuyu bersama senyuman manis,Farhan berkata" Heiii kawan2xku,siapa saja yg mganggu kamu,,ini dia! Farhan kasi pecah sama dia!"
"Farhan,sudahlah kau! Ringgo sampai skrg masih koma kau kerjakn,dah lah kau pi hentam dia tak bagitahu kawan-kawan lain,pi pula seorang diri,tunjuk hero.kau memang gila bro!"
Sahut Zai yg sudah sembuh stelah beberapa hri yg lalu di belasah Ringgo.
"Steadyyyy Zai,tu baru satu tangan aku hayun,belum dua tangan,belum dua kaki,hahahak kamu nampak tak,temberang ada di situ?hahahak" gelak Farhan pada Zai dan rakan yg lainnya.
(Walaupun Farhan sudah berumur 23tahun,namun dia dan yg lainnya belum mempunyai kerja tetap.mereka hanya brniaga kecil-kecilan menjual baju bundle di pasar malam)
*Detik terus berlalu...
"Farhan,kau tengok cewek tu,kesiaaaan keseorangan jeer dia tu" kata Zai sambil mgangkat keningnya sbnyak dua kali.
Farhan tersengih "So,kau suruh aku yg temankanlah?kau taukh,kalau berdua-duaan tu,akan ada yg ketiga,iaitu syaiton" dengan nada yg serius Farhan mengatakannya.
Zai tergamam sketika,lalu mbalas, "Alhamdulillah,Ya Ustadz betul juga tu,kalau begitu ada bagusnya kita berjalan mnuju ke Masjid dripada brada di taman yg pnuh maksiat ini,Maghrib pn dah hmpir ni,apa kata ustadz?"
"Hahahak,kira bagus jugak rancangan tu,tapi tunggu hati ni dah betul-betul nak brtaubat lah ye,hahahak cilakak betul ayat kau ni zai,hmmmph! bukan apalah Zai aku rasa Syaiton pun takut ngan aku ni,aku rasa baik aku temankan dulu cewek tu yeee, byeee " kata Farhan dan terus berlalu pergi ke arah wanita itu mninggalkan sahabtnya.
***
(Walaupun prjalanan khidupan Farhan bgitu pnuh dengan keasyikkan dunia,namun di dalam hati kecilnya masih lagi terdapat scebis iman.stiap kali bicara,mahupun gurauan,pasti saja ada terselit soal-soal agama meskipun tanpa disedari. Ia kerana dari kecil Farhan sudah diterapkan dgn ilmu keagamaan oleh ibu bapanya,sebelum akil baligh lagi dia telah mgkhatam Al-Quran dan dapat mghafal beberapa juzuk yg shingga kini masih segar dlm dada dan ingatannya.Selain itu,dia juga pernah mnunaikn Umrah brsama kedua org tuanya,tetapi stelah mningkat dewasa dia trjerumus ke dlm dunia yg pnuh godaan dan kemaksiatan.)
*Suatu hari...
"Aku rasa sperti ada yg tak kena dengan akulah skrg Farhan" kata Zai pada Farhan yg sdang termenung ditepi pantai.
Dengan bersahaja,Farhan brkata "Apesal pulak?,hmmmp tapikan,aku pun rasa mcm tu lha Zai,sperti ada sesuatu yg tak cukup dlm diri aku ni,tapiiiii entahlah ape ke bendanya".
"Entahlah,aku pun tak tahu apesal ni,mungkin kena teguk sebotol arak cap tiger kot petang-petang gini ni,barulh rasa cukup jak hahahak" Sahut Zai sambil brkata dngan gurauan santai mereka.
Farhan tersenyum, "Hmmp betul cakap kau tu Zai,aku pun rasa begitu juga hahahak,kau pi beli satu set.PANTASSS!".
"ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR...
ASSHADUALLAILAAHAILLAH..."
(Farhan dan Zai terdiam sketika,mndengar Azan Maghrib yg dilaungkan)
"Farhan,baru jee kau suruh aku beli arak tu dh kena Azan kita,kalau dah minum tadi silap-silap bukan kena Azan lagi, kena sembahyangkan kita ni kot huhu"
tegur Zai mgejutkan Farhan yg sdg asyik mghayati laungan Azan itu.
"hahahak,ya betul tu,nasib kau tak beli lagi tadi,Zai.....rasanya dh banyak dosa kita nih kan,entah besok kita mati macam manalah nasib kita ni,huhu kita ni Zai rasanya Syaiton pun takut tak nak geng ngan kita ni haha dah trlampau teruk" Jawab Farhan dengan mata memandang jauh dihujung laut.
***
(Masa terus berlalu,hari berganti hari.kehidupan Farhan terus dijalani sperti biasa.berniaga dan melepak.sehinggalah tercetus satu pergaduhan besar antara geng Farhan dan satu lagi geng samseng dalam daerah mereka itu.
"Esok! pastikn ptmpuran kita akan menaikkan nama kita mnjadi legend di kota ini,nama kita disebut-sebut suatu hari nanti walau kita sudah tiada dan ini jga akan mnjadi satu knangan yg paling pahit dlam hdup kita biarpn mndapat glaran legend,harap korang smua jgan jadi penakut,hutang darah, mesti dibayar darah!" kata Farhan dengan lantang memberi 'syarahan' pada rakannya yg lain.
Pergaduhan yg terjadi itu hanya kerana seorang wanita,adik kepada salah seorang rakan Farhan yg telah dibunuh.Pihak polis telah ditugaskan bagi mnjalankn siasatan trhadap pmbunuhan itu.
Namun,bagi farhan ia adalh soal peribadi yg mlibatkan rakannya.soal maruah!
Di sebuah padang yg lapang,kedua-dua kumpulan bersemuka.
"Kau ingt geng bodoh kamu ni mampu mgalahkan kami! pi mampus smua! "jerit Joe, ketua samseng yg mnjadi musuh geng Farhan.
Farhan tersenyum lebar "Harapnya ramalan kau tu betul Joe".
Lalu Farhan membuang rokok di tangannya dan berlari meluru ke arah Joe.
(kedua kumpulan itu bertempur,menggunakan segala kudrat dan keringat yg ada. Masing-masing dikuasai dendam dan amarah,
"Farhan,belakang kau! "jerit Zai stelah terlihat seorang yg cuba menyerang Farhan dengan sbatang kayu besar.
(Farhan menoleh dan mgelak dari terkena pukulan itu,dengan keadaan kelam kabut Farhan tanpa berfikir telah mencapai satu serpihan kaca botol pecah terus menikam bahagian perut seorang drpd pengikut Joe.
Tiba-tiba, suasana mnjadi sepi stelah jeritan nyaring dari orang yg tertikam itu.Semua kaku.Farhan terdiam dgn botol kaca dalam genggamannya dipenuhi dengan darah.
"Ni...noo..nii...noo..!"Bunyi siren kereta polis mencemaskan mereka.Masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri. Tinggal seorang sahaja yg cedera teruk ditikam Farhan,mengerang kesakitan di situ.
*Beberapa bulan kemudian...
"Aku rasa baik kita bertaubatlah"
kata Zai pada Farhan yg termenung mlihat ketenangan laut.
Farhan hanya terdiam,dia masih lagi dihantui rasa bersalah kerana dia telah bertindak melulu,hampir membunuh orang kerana kmarahan nafsunya yg tidak terkawal,air matanya mengalir membasahi pipi.
"Aku tahu aku ni teruk,lebih baik aku tak lahir didunia ni,aku sdh mbunuh orang Zai,kau tahu tak?aku mbunuh! " kata Farhan nada yg tersekat-sekat sambil air matanya terus mgalir.
Zai menyapa "Kita bertaubatlah,berhenti buat semua ni.mungkin dah masanya untuk kita.sebelum kita mati".
"Tolong! tolong!" jeritan yg mgejutkan Farhan dan Zai yg sedang mggelamun.
(Seorang perempuan tua sedang menjerit meminta pertolongan kerana diragut oleh dua orang lelaki bermotor dan bersenjatakan sebilah parang,tanpa berlengah Farhan berdiri dan memerhati peragut itu. Kebetulan mereka melalui jalan yg berhampiran dgn tempat Farhan dan Zai melepak .Farhan bersembunyi di belakang sebuah sampan di tepi jalan,menunggu untuk bertindak. Sebaik sahaja begitu hampir,dia bingkas berlari keluar.
"Dusyumm!!" satu tendangan persis Bruce Lee dilepaskan. Kedua-dua peragut itu tersungkur jatuh dari motosikal.
Tiba-tiba,salah seorang peragut yg bersenjata itu terus brdiri dengan pantas dan mghayunkan parangnya lalu terkena kepala Farhan.
***
"Farhan!,bangun!" jerit Zai dalam cemas,mnitiskan air matanya dan memangku Farhan yg tidak sedarkan diri. Dia kehilangan banyak darah akibat tetakan parang itu. Peragut itu sempat melarikan diri
Setelah berada selama tiga hari di Hospital,Farhan masih tidak sedarkan diri,doktor telah sah kan bahawa Farhan dalam keadaan koma.
"Mak cik,bersabarlah.bersamalah kita berdoa smoga Farhan cepat sedar dan sembuh" kata Zai yg cuba mnenangkan Ibu Farhan yg sudah tiga hari menangisi keadaan anaknya yg kritikal.
*Keesokan harinya...
"Doktor! dia sedar! " jerit Zai mberitahu Doktor stelah mlihat jari Farhan mulai bergerak-gerak.
Doktor pun bergegas mnuju ke arah Farhan dan memeriksa keadaan Farhan.
***
Beberapa hari stelah Farhan sedar,dia mulai beransur-ansur pulih dan tidak lama kemudian, dia dibenarkan pulang kerana doktor telah mengesahkan bahawa keadaannya telah stabil.
"Zzzzzzrrrrrr"Farhan mbuka pintu lalu dengan langkah yg perlahan sambil mengangkat kepalanya mendongak ke atas,merenung sayu ke arah kalimah Allah dan Muhammad yg tergantung di bahagian atas mimbar masjid. Air mata mula berlinangan keluar dari celah kelopak matanya.Dia keluar kembali untuk mnuju ke tempat mengambil Whuduk,
"Usolli..sunnatan Taubati..rak'ataini.." tersedu-sedu melafazkan niat
dengan suara tangisan penuh penyesalan,lemah tangannya menahan sebak mengangkat takbir.
Selesai Sholat Farhan mgambil senaskah Al-Quran, dia terkenang waktu kecilnya. Waktu lapangnya selalu ditemani Al-Quran.
Farhan mbuka Al-Quran itu dan tanpa sengaja telah terbuka Surah At-Taubah lalu terpandang ayat 104 yg bermaksud "Tidakkah mereka mengetahui,bahawa Allah menerima Taubat hamba-hambaNya dan menerima Zakat(nya),dan bahawa Allah Maha Penerima Taubat,lagi Maha penyayang?".
Dalam sebak,Farhan terus bersujud dan menangis semahunya. Mengadu pada Tuhan menyesali segala perbuatannya,mengharapkan keampunan atas segala kesilapannya.
Rebah seorang 'fighter' dalam sujudnya yg penuh hiba bersama airmata.
Farhan bangun,berjalan keluar meninggalkan tempat sujudnya tadi. Sebaik sahaja dia keluar dari pintu hadapan masjid,kelihatan dua buah kereta polis. Berdiri kedua orang tuanya di sebelah salah satu kereta polis itu,tersenyum dalam tangisan melihat anak mereka melangkah keluar dari masjid.
"Farhan,kamu ditahan kerana didapati bersalah dalam kes bunuh 5bulan yg lepas" kata salah seorang anggota polis itu. Pintu kereta dibuka,Zai keluar dari kereta polis itu dan menoleh ke arah Farhan,Zai hanya tersenyum lalu menundukkan pandangan dan masuk kembali ke dalam kereta.
Farhan melihat ke atas langit,,memandang cahaya bulan yang malap di celah awan tebal.
Dia berjalan turun dari tangga masjid,melangkah lemah menuju ke arah ibu bapanya. Terus memeluk erat keduanya dalam kesedihan.
"Maafkan Farhan,bu..ayah..Farhan dah menyusahkan ibu dan ayah..ampunkan Farhan" mereka anak beranak menangis. Si ibu mengusap pipi anaknya yg basah sambil berkata "ibu maafkanmu nak..ibu tidak membencimu sedikit pun..sehina-hina manusia adalah manusia yg tidak mengakui kesilapannya.kamu tidak seperti itu,anakku..pergilah.ibu dan ayah akn menunggumu" pujuk ibunya menenangkan Farhan.
Farhan berjalan tenang ke arah polis,
sambil menghulurkan tangan menyerah diri.Dia digari,lalu memandang wajah kedua orang tuanya,Farhan tersenyum tenang dan masuk ke dalam kereta.
Di dalam kereta,Farhan berkata "Zai,semoga dengan hukuman yg kita hadapi ini,Allah SWT mengampuni kita dan smoga Allah Ta'ala mengurangkan hukuman pada kita diakhirat kelak. Tiada satu pun kesilapan yg akan terlepas dari pembalasan,Zai. Ini hukuman dunia.Semoga kita redha menerimanya" dengan nada yg perlahan dan tenang Farhan senyum melihat sahabatnya itu.Mereka berdua menitiskan air mata.
Kedua-dua kereta polis berlalu pergi meninggalkan perkarangan masjid.
Farhan memandang Zai yg melihat ke luar tingkap.Dia menyapa Zai.
"Zai,kita menangis kah tadi?"
"Ya,Farhan.sekarang pun aku sedang menangis.wuuuuuu...." kata Zai.
"Sabarlah sahabat ku.Kau setia bersamaku,susah dan senang mesti ada kau.Kita legend bro.Kita sudah pun mencipta nama di sini." kata Farhan tersenyum.
"Farhan,aku tak malu menangis dengan kau Farhan. Because,this is the tears of the fighters." sahut Zai yg kembali menitiskan airmata terharu dengan kata-katanya sendiri.

TAMAT

Hasil Karya: Salamku UntukUmmat/Zaihan bin jainudin
Alhamdulillah ini adalah hasil karya saya yang ke-4 kalinya.
Buat kita hayati dan amati pengajarannya semoga bermanfaat.
Amat di alu-alukan sebarang teguran/Komen agar saya boleh memperbaiki lagi penulisan saya.Kongsikan pada rakan anda.
Sekian terima kasih.

Tuesday 6 January 2015

Kamar Romantis




"Saya tak sukalah kalau awak banyak tanya ni ! boleh tak,jangan busy body???" tengking Shiela pada suaminya.
"Maaflah,saya cuma nak tahu,dah lewat malam gini awak baru balik,awakkan isteri saya,takpelah maaf ye,saya masuk tidur dulu" jawab si suami dengan riak muka yg bersahaja.
*Zairul adalah nama kepada suami Shiela,Zairul seorang yg agak kacak dan memang agak secocok dengan kecantikkan yg dimiliki Shiela,Zairul juga seorang yang penyabar lagi bijaksana orangnya.Mereka telah dijodohkan oleh kedua orang tua mereka.
Atas ketaatan dan sebagai seorang anak yang Sholeh,Zairul redho atas pilihan orang tuanya.Namun,Shiela sebaliknya Shiela begitu benci akan pernikahan yang terjadi itu kerana baginya dia punya pilihan sendiri dan seharusnya zaman moden saat ini benda yang begini tidak berlaku lagi.
Sepasang suami isteri ini tinggal di sebuah rumah yang agak sederhana dipertengahan kota bandaraya.
*Sebulan selepas pernikahan...
"Isteri yang taat akan memasuki syurga dan hidup dengan bahagia"
Satu suara yg mgejutkan Shiela saat Shiela sedang asyik menonton television diruang tamu.
Bila Shiela menoleh kebelakang ia dapati suaminya sedang duduk sambil membaca buku agama.
"Uh sengajalah tu nak baca kuat-kuat bagi saya ni dengar,ish.tak payahlah suami cam awak tepi jalan pun boleh dapatlh,menyampah" bisik hati si Shiela.
Tiba-tiba tidak lama kemudian,Zairul mendekati Shiela dan berkata"awak...saya tak kisah betapa awak membenci saya dan saya tak kisah jika awak langsung taknak layan saya,tapi awak..."Zairul terhenti seketika.
"Hah! baguslah kalau awak tak kisah senang sikit hidup saya,TAPI apa???cakap jelah jangan nak sentimental sgtlah" sahut Shiela.
"Tapi awak...jagalah aurat awak ketika diluar rumah tu,saya tngok awak jika nak keluar berpakaian tak snonoh,jagalah aurat awak..." lanjut si Suami.
"Woi! pergi mampuslah jantan! sibuk hal orang jak! kau ingat kau sape ha! " tengking Shiela sambil berlalu mengambil kunci keretanya diatas meja dan keluar dari rumah.
Zairul agak terkilan dengan kata-kata yang dilepaskan oleh isterinya itu.Namun,dengan tenang Zairul sedar ia hanyalah satu ujian dari Allah SWT buat dirinya dan Shiela sendiri.
Zairul tetap sabar dalam menempuh hari-harinya sebagai seorang suami yg mempunyai isteri yg agak keterlaluan sikapnya.
Setiap hari Zairul berdoa agar Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa isterinya terhadap dirinya,Zairul tak mahu seorang wanita yg bergelar isterinya merana diakhirat kelak.
Zairul seorang yang begitu mendalami ilmu agama,sejak dari kecil lagi orang tuanya sudah mendidiknya dengan ilmu agama walau kehidupan mereka agak kekurangan jika hendak dibandingkan dengan Shiela sebagai orang berada.
Sejak dari kecil lagi Zairul sebenarnya mempunyai satu impian yang besar iaitu untuk pergi ke Baitullah.Namun,sumber kawangan masih belum mengizinkan dia menjejakkan kaki di sana.

*Hari berganti hari..detik terus berlalu...

"Aku mesti buat sesuatu yang boleh menjadi sebab penceraian aku dengan Zairul si bodoh tu" bisik hati Shiela ketika sedang berbaring dikamarnya.
Sejak hari pernikahan Zairul dan Shiela tidak pernah tidur bersama, bahkan berasingan bilik dan itulah yang terjadi sejak hari pertama pernikahan mereka.
"Awak...baru bangun ke?marilah sarapan saya dah siapkan makanan untuk kita" sapa Zairul pada isterinya.
"Takpelah,aku nak keluar ni,kau makan jelah sendiri" jawab Shiela.
Dengan bersahaja Zairul hanya tersenyum dan berdiam tanpa sebarang jawapan.
Hari tu,public holiday jadi adalah masa Zairul untuk berada dirumah menikmati hari cutinya.
Selesai sarapan Zairul pun mengemas rumah yg sudah hampir seminggu tidak berkemas,nak mengharapkan isterinya pasti sampai bila-bila pun tak akan pernah tersusun barangan dan kelengkapan rumah tu.
Sehinggalah Zairul menjumpai satu buku milik Shiela dan beberapa helaian kertas yang berterabur diruang meja rehat.
"Umur dah 24,tapi kebudak-budakan lagi ye,buku pun tak reti nak susun " bisik hati Zairul sambil tangannya sibuk mengemas.

*Malamnya...
"Tingtongtingtong"bunyi loceng rumah,Zairul terus membuka pintu dan melihat isterinya yang sedang terhuyung hayang,lantas Zairul memapahnya dibawa masuk kedalam rumah.
Shiela terus sahaja tertidur sebaik sahaja dia dibaringkan di atas sofa ruang tamu,saat itu bau arak menyelubungi ruang tamu rumah mereka.
"Shiela...maafkan saya tak dapat menjaga awak dengan baik dan tak dapat menjadi imam awak dengan sebenar-benar imam..." sambil tangannya mengusap kepala isterinya,air mata Zairul mula menitis bila melihat keadaan isterinya.

*Keesokannya...

"Awak...bangunlah dah pagi" Zairul menyapa pada Shiela yang masih tidur.
"Uhhhh...ye,saya tahulah awak pergilah" sahut Shiela sambil menggosok matanya.
"awak...hari ini saya akan pergi ke luar negara ada urusan kerja yang saya nak buat,mungkin saya akan berada di sana selama dua minggu" lanjut si Zairul.
"Luar negara???urusan kerja???kerja postman je pun" Bisik hati Shiela.
"Owh yeke?baguslah aman sikit hidup saya" kata Shiela sambil menjelingkan matanya.
Dengan nada yang lembut Zairul melanjukan katanya "Awak,jaga diri baik-baik ye,jaga aurat dan pergaulan awak jika berada di luar, lagi satu saya nak awak tahu saya sayang kat awak."
Shiela agak tergumam sebentar mendengar kata-kata itu kerana itulah buat pertama kalinya suaminya menyatakan sayang padanya.
Namun,keegoan begitu meresapi di dalam diri Shiela "Dah habis dah drama awak?kalau dah habis ada baiknya awak pergi berambus jak sekarang" kata Shiela dengan nada yg agak keras.

*Keesokannya...

"Jujurlah sayang.....aku tak mengapa. . ." dering handphone Shiela.
"Assalaamua'laikum,awak,saya ni..Zairul,awak sihat?,jangan lupa makan ye sayang,I love u..jaga diri baik2."
Agak terkilan Shiela bila mendengar suara suaminya ditambah lagi dengan "I love u".
"Waalaikumussalam,ye saya tahulah"jawab Shiela dengan agak sedikit pelik dan kebingungan.
***
"Hi...malam ni korang boleh datang rumah aku tak?,kita party,suami aku takde kat rumah ni" mesej yang dihantar oleh Shiela buat kawan-kawannya.
Tidak lama kemudian kawan-kawannya pun sampai.
"Hi mila,Hi fira,Hi jefri" sapaan Shiela buat mereka yang baru sahaja tiba.
"Malam ni kita enjoy ! kita minum semahunya sampai muntah,yuhuuuuu!!" jerit Si Mila kawan pada Shiela.

***
Setelah beberapa hari berlalu, ketika Shiela sedang berbaring di sofa menonton television,terlintas dikepalanya, terfikir akan Zairul.
"Apa yang Zairul buat kat luar negara ye,dia tu postman je pun"
kata hati Shiela dengan penuh tanda tanya.
Shiela mula merasakan kesunyian ketika berada di rumah itu bersendirian.
Hari demi hari berlalu,Shiela kelihatan begitu risau kerana memikirkan sudah hampir seminggu asal nak makan terpaksa keluar untuk bungkus makanan.Selama ini hanya Zairul yang memasak dan Shiela hanya tahu makan je.
*Dua minggu berlalu dan tiba masanya Zairul pulang..
"Dringdringdring.."bunyi telefon rumah Shiela.
"Helo...ini puan Shiela?maaf ini dari hospital bandaraya,suami puan Zairul bin Mahmud telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya harap puan dapat datang dengan segera".
Shiela amat terkejut dan terdiam seketika.
Sejurus selepas itu tiba-tiba loceng pintu berbunyi dan dengan perlahan Shiela berjalan lalu mbuka pintu.
Lantas dilihatnya ada seorang postman yang membawa bungkusan.
"Ini untuk puan Shiela" kata postman tersebut.
Shiela pun mengambil bungkusan tersebut dan terlihat ada sepucuk surat di luarnya.
"Assalaamua'laikum...ke hadapan isteri yang ku cintai...sebenarnya saya pergi ke luar negara bukanlah kerana urusan kerja,tetapi semata-mata nak belikan awak rantai idaman awak sejak kecil lagi...Dan saya belikan rantai ni sempena hari kelahiran awak hari ini...Mesti awak tertanya-tanya mana saya dapat duit hingga mampu belikan awak rantai ni kan?,awak sebenarnya saya telah menggunakan duit yg telah saya kumpul selama ini untuk mengapai impian saya ke Baitullah...Tapi merasakan saya tak mampu nak jadi imam yang terbaik buat awak jadi biarlah saya gunakn duit itu untuk tebus khilaf saya dalam mendidik awak...lagipun kalau Allah dah rezekikan saya untuk sampai ke sana saya pasti sampai juga...Awak,ianya hadiah buat awak...Saya harap awak terimanya dengan hati yang terbuka...Happy bithday sayang yg ke-25...Salam...Yg benar ZAIRUL."
Selesai membaca surat itu Shiela terus rebah dan terdiam seribu bahasa.
Dengan keadaan yang begitu melemahkan tubuhnya,dia berusaha apa dayanya untuk bangun mengambil kunci keretanya mahu menuju ke hospital.
Saat memandu,air mata Shiela mula mengalir dan tiada satu kata pun yang mampu untuk disuarakan betapa kesal dirinya.
Setelah sampai di hospital,suasana agak suram,ketakutan mula menyelubungi hati Shiela.
Dengan cemas Shila bertanya pada nurse di kaunter Hospital tersebut
"Cik,dimana Encik Zairul bin Mahmud di tempatkan?saya isterinya".
"Puan,rasanya nama itu tidak ada di senarai kami puan, puan boleh cuba tengok di wad sebelah kanan tu,ianya wad lelaki" kata nurse kaunter tersebut.
Shiela pun bergegas dengan segera,berlari dalam keadaan yang lemah sambil menangis teresak-esak dalam sebak.
Terpandanglah ia sekujur tubuh yang baru sahaja ditutupi wajahnya dengan kain selimut berwarna putih,di mana waktu itu mesin denyutan jantung bersebelahan pesakit itu memaparkan garis lurus,dgn bunyi 'beeeeeeeeeeep' yg pnjg.
Rebahnya seorang wanita keras hati merasa tidak berdaya,sedih tidak terkata menjadi tanggungannya.
Menangis Shiela dengan teresak-esak dan semahunya.
Tiba-tiba........

"Betul lah awak ni masih kebudak-budakan,sampai suami sendiri pun tak tahu nak bezakan".
Satu suara yang agak mgejutkan Shiela,kemudian Shiela menoleh ke arah suara tersebut dan ternyata suara itu datangnya dari seorang lelaki yang bernama Zairul,dengan tenaga yang berbaki Shiela berusaha bangun dan berlari menuju suaminya lalu memeluknya semahunya.
"Awak......maafkan saya....saya menyesal..." rintihan lemah dari mulut Shiela dengan nada yg agak terketar sedikit kerana tangisannya yg begitu sebak.
Zairul terkesima.

Mereka pulang ke rumah.

Sebaik masuk ke kamar Shiela.

"Sayang...maaflah sebenarnya semua ni saya dah rancang awal-awal lagi,saya upah seorang wanita untuk call awak agar sampaikan yang saya kemalangan dan saya juga telah mngupah seorang postman untuk sampaikan bungkusan rantai tu".
Kata Zairul pada isterinya dalam keadaan berbaring dan mengusap kepala isterinya.
"Awak...maafkan saya ye,lepas ni saya janji akan jadi seorang isteri yang solehah,dan satu lagi,,lepas nih,boleh tak jangan buat mcm tu lagi,boleh tak?saya tak nak kehilangan awak..."Sahut Shiela sambil menangis dan memeluk suaminya.
Lanjut Shiela lagi "Tapi macam mana awak tahu,saya ada mengidamkan seutas rantai ye???dan macam mana awak tahu hari lahir saya,kan sebelum ni kita tak pernah pun berbual???".
Kemudian dengan tersenyum Zairul pun berkata "Sebenarnya waktu saya mengemas tempoh hari, saya terjumpa diari awak dan beberapa helai kertas berserta gambar-gambar rantai idaman awak tu,jadi masa tu saya ambillah kesempatan baca sikittttt diari awak,sikitttttt je pun hehehe.. Sikit.".
Shiela dengan muka yang berkerut,memukar mimik wajahnya mengetapkan bibir "owh, berani awak ye ...nak saya tumbuk ke??"
" hihi guraulah ...awakkkk..boleh tak saya panggil awak 'abangggg' dan awak panggil saya 'sayang'.. ahakz! emm malu pulak rasanya hihihi".
"Yela mestilah boleh,awak kan isteri saya...sayang,sbenarnya abang dah mula jatuh cinta kat sayang sejak pertama kali lagi abang memandang wajah sayang.."itulah satu lafaz cinta dari Zairul buat pertama kalinya.
"Abanggg....maafkan sayang ye bang...kini sayang sedar,betapa sayang perlukan abang dan lagi satu sayang dah sedar betapa sayang mencintai dan menyayangi abang"dengan nada yg begitu agak lembut,Shiela myatakan cintanya pada suaminya.
Zairul tersenyum lantas memeluk Shiela dengan lembut "alhamdulillah...syukur pada Allah atas kesempatan buat kita untuk mrasakan nikmat cinta ini,emm sayang...matikanlah lampu tu,dah lewat malam ni jum tidur" kata Si Zairul sambil mengenyitkan matanya.
"Ai abang,lewat malam apenyaa baru jam8 malam ni ha! ...emm takpelah,nak bangun awal esok ye bang maklumlah esok Sholat jumaat yekan hihihi jummm..."
Sahut si Shiela sambil mematikan suis lampu.
***
Sejak hari itu kehidupan mereka begitu bahagia dan menjadi sepasang suami isteri yang Sholeh dan Sholehah.
TAMAT
 



Hasil Karya: Salamku UntukUmmat/Maafkanku93/Zaihan bin Jainudin
Lukisan: Nurfirdaus Ibrahm
Alhamdulillah ini adalah hasil karya saya yang kedua kalinya.
Buat kita hayati dan amati pengajarannya semoga bermanfaat.
Amat di alu-alukan sebarang teguran/Komen agar saya boleh memperbaiki lagi penulisan saya.
Share pada rakan anda...
Sekian terima kasih.

Monday 5 January 2015

INILAH CINTA YANG SEJATI DAMBAAN SETIAP INSAN


Ada seorang budak yang dibebaskan Rasulullah S.A.W. Namanya adalah Thouban. Thouban begitu senang ketika Rasulullah S.A.W. membebaskannya. Dia sangat mencintai Rasulullah. Dia merasa begitu senang setiap kali melihat Rasulullah S.A.W dan selalu berusaha untuk melihat Rasulullah S.A.W. beberapa kali dalam sehari. Ketika melihat wajah Rasulullah S.A.W., maka keimanannya bertambah, dan seketika dia melupakan segala kesulitan dalam hidupnya.


Pada suatu hari dia belum melihat Rasulullah S.A.W. Jadi ketika dia menemuinya, Rasulullah S.A.W. melihat wajah Thouban R.A. begitu murung. Rasulullah S.A.W. bertanya kepadanya: “Ya Thouban, ada apa? Kenapa hari ini kau terlihat begitu murung?”

Dia berkata: “Ya Rasulullah S.A.W., apakah kau tahu bahwa aku begitu mencintaimu? Aku perlu melihatmu setiap hari. Ketika aku melihatmu, aku merasa begitu senang. Aku harus melihatmu, kau tidak tahu perasaan hatiku.

Ya Rasulullah, aku begitu bahagia karena dapat melihatmu sekarang, tapi ketika aku tidak melihatmu, aku memikirkan kematian dan akhirat. Dan aku berpikir ketika kau diambil oleh Allah S.W.T. dan masuk ke dalam surga, maka kau akan berada di surga yang paling tinggi, bersama para anbiyya, orang-orang yang syahid, dan orang-orang saleh, sedangkan aku tidak dapat melihatmu lagi, karena jika aku masuk surga, maka aku akan berada di surga tingkat rendah, bahkan kemungkinan aku tidak akan masuk surga. Dan jika itu yang terjadi, aku tidak akan bisa melihatmu lagi!”

Wallahi, tepat pada saat dia selesai berkata demikian, Jibril A.S. turun dan mewahyukan ayat:

Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni'mat oleh Allah, yaitu : Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (Q.S. An-Nisaa:69)

Ketika Thouban mendengar ini, Subhanallah, dia mulai tersenyum lagi! 

Dan dia seringkali memberitahu orang-orang: “Apakah kau tahu bahwa ayat ini diwahyukan karena diriku? Apakah kau tahu bahwa cintaku kepada Rasulullah S.A.W. begitu meluap-luap, ketika aku berpikir tak akan pernah melihatnya lagi, tiba-tiba Jibril A.S. turun dengan sebuah ayat untuk memberitahuku bahwa aku tidak perlu khawatir, jika ingin bersama dengan Rasulullah S.A.W. di akhirat, yang harus kita lakukan hanyalah menuruti sabdanya dan menjauhi segala yang dilarangnya.”



ALHAMDULILLAH SEMOGA KITA DAPAT MELAHIRKAN CINTA YANG MENDALAM TERHADAP BAGINDA RASULULLAH SAW AGAR DAPAT BERSAMA BAGINDA DIAKHIRAT KELAK UNTUK BERSAMA SELAMA-LAMANYA.



Kecintaan Sa'ad bin Mu'adz r.a.
Dari Abdullah bin Abu Bakar ra., '.Sesungguhnya Sa'ad bin Muadz r.a berkata kepada Nabi SAW. "Ya Rasulullah. mahukah engkau kami buatkan sebuah benteng dan kami siapkan di sisimu sebuah kenderaan. Kemudian kami maju berhadapan dengan musuh, jika kami diberi kemenangan oleh ALLAH maka itulah yang kami harapkan. tapi jika terjadi sebaliknya, maka engkau dapat segera pergi dengan kenderaan ini. Menemui pasukan kita yang masih ada di belakang kita. Sebab di belakang kami tertinggal sejumlah kaum yang sangat mencintaimu. Sungguh andaikata mereka tahu bahwa engkau akan berperang pasti mereka akan ikut semuanya. Akan tetapi di sebabkan mereka tidak tahu bahwa engkau akan menemui pasukan musuh seperti ini. Maka tidaklah hairan jika sebahagian orang tidak ikut bersama engkau." Maka Rasullah SAW menyatakan terimakasihnya dan mendoakan kebaikan baginya, kemudian mereka membangunkan sebuah benteng bagi Nabi.
(Ibnu Ishaq, Al-Bidayah 3/268)

Saturday 3 January 2015

RASULULLAH DAN UKASHAH


Assalaamua'laikum...


Alhamdulillah masih diberikan keizinan dan kesempatan oleh Allah SWT kepada saya untuk terus berdakwah didalam blog ini,setelah sekian lama blog ini terbiar :)
Banyak urusan yang perlu saya selesaikan,apa-apapun terima kasih kepada semua pengunjung setia yang terus melewati blog saya ini..Sempena Maulidur Rasul ini saya bawakan satu kisah dimana Baginda Rasulullah SAW ingin dipukul oleh salah seorang sahabatnya demi membayar hutang tuntutannya.

Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya.

Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid.

Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke
masjid.

Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat.

Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".

Rasulullah S.A.W. berkata: "Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka".

Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan dibenarkan oleh semua para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....

Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia.

Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya.....sila bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut.

Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia".

Ketika itu semua sahabat diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata: "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.

Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah. lalu dia berkata: "Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah S.A.W. berkata: "Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita: "Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama".

Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian.

Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah....

"Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan semua itu.

Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjawab dengan nada sedih: "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: "Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".

Bilal menjawab: " Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.

Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata: "Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku.......aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Abu bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan......lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan.......tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W.

Dia menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah" .

Akasyah mara lagi ke hadapan......tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. iaitu Hassan dan Husin.

Mereka berdua merayu dan meronta.

"Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit........pukullah kami
wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda...........pukullah kami wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata: "Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata: "Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini".

Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah.

Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi: "Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah......Rasulullah membuka baju.

Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya.

Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata: "Ya Rasulullah, ampunkanlah aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing.

Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.


Alhamdulillah semoga bermanfaat...SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL...
ALLAHUMMA SHOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD...
WA'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD...