Tuesday 6 January 2015

Kamar Romantis




"Saya tak sukalah kalau awak banyak tanya ni ! boleh tak,jangan busy body???" tengking Shiela pada suaminya.
"Maaflah,saya cuma nak tahu,dah lewat malam gini awak baru balik,awakkan isteri saya,takpelah maaf ye,saya masuk tidur dulu" jawab si suami dengan riak muka yg bersahaja.
*Zairul adalah nama kepada suami Shiela,Zairul seorang yg agak kacak dan memang agak secocok dengan kecantikkan yg dimiliki Shiela,Zairul juga seorang yang penyabar lagi bijaksana orangnya.Mereka telah dijodohkan oleh kedua orang tua mereka.
Atas ketaatan dan sebagai seorang anak yang Sholeh,Zairul redho atas pilihan orang tuanya.Namun,Shiela sebaliknya Shiela begitu benci akan pernikahan yang terjadi itu kerana baginya dia punya pilihan sendiri dan seharusnya zaman moden saat ini benda yang begini tidak berlaku lagi.
Sepasang suami isteri ini tinggal di sebuah rumah yang agak sederhana dipertengahan kota bandaraya.
*Sebulan selepas pernikahan...
"Isteri yang taat akan memasuki syurga dan hidup dengan bahagia"
Satu suara yg mgejutkan Shiela saat Shiela sedang asyik menonton television diruang tamu.
Bila Shiela menoleh kebelakang ia dapati suaminya sedang duduk sambil membaca buku agama.
"Uh sengajalah tu nak baca kuat-kuat bagi saya ni dengar,ish.tak payahlah suami cam awak tepi jalan pun boleh dapatlh,menyampah" bisik hati si Shiela.
Tiba-tiba tidak lama kemudian,Zairul mendekati Shiela dan berkata"awak...saya tak kisah betapa awak membenci saya dan saya tak kisah jika awak langsung taknak layan saya,tapi awak..."Zairul terhenti seketika.
"Hah! baguslah kalau awak tak kisah senang sikit hidup saya,TAPI apa???cakap jelah jangan nak sentimental sgtlah" sahut Shiela.
"Tapi awak...jagalah aurat awak ketika diluar rumah tu,saya tngok awak jika nak keluar berpakaian tak snonoh,jagalah aurat awak..." lanjut si Suami.
"Woi! pergi mampuslah jantan! sibuk hal orang jak! kau ingat kau sape ha! " tengking Shiela sambil berlalu mengambil kunci keretanya diatas meja dan keluar dari rumah.
Zairul agak terkilan dengan kata-kata yang dilepaskan oleh isterinya itu.Namun,dengan tenang Zairul sedar ia hanyalah satu ujian dari Allah SWT buat dirinya dan Shiela sendiri.
Zairul tetap sabar dalam menempuh hari-harinya sebagai seorang suami yg mempunyai isteri yg agak keterlaluan sikapnya.
Setiap hari Zairul berdoa agar Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa isterinya terhadap dirinya,Zairul tak mahu seorang wanita yg bergelar isterinya merana diakhirat kelak.
Zairul seorang yang begitu mendalami ilmu agama,sejak dari kecil lagi orang tuanya sudah mendidiknya dengan ilmu agama walau kehidupan mereka agak kekurangan jika hendak dibandingkan dengan Shiela sebagai orang berada.
Sejak dari kecil lagi Zairul sebenarnya mempunyai satu impian yang besar iaitu untuk pergi ke Baitullah.Namun,sumber kawangan masih belum mengizinkan dia menjejakkan kaki di sana.

*Hari berganti hari..detik terus berlalu...

"Aku mesti buat sesuatu yang boleh menjadi sebab penceraian aku dengan Zairul si bodoh tu" bisik hati Shiela ketika sedang berbaring dikamarnya.
Sejak hari pernikahan Zairul dan Shiela tidak pernah tidur bersama, bahkan berasingan bilik dan itulah yang terjadi sejak hari pertama pernikahan mereka.
"Awak...baru bangun ke?marilah sarapan saya dah siapkan makanan untuk kita" sapa Zairul pada isterinya.
"Takpelah,aku nak keluar ni,kau makan jelah sendiri" jawab Shiela.
Dengan bersahaja Zairul hanya tersenyum dan berdiam tanpa sebarang jawapan.
Hari tu,public holiday jadi adalah masa Zairul untuk berada dirumah menikmati hari cutinya.
Selesai sarapan Zairul pun mengemas rumah yg sudah hampir seminggu tidak berkemas,nak mengharapkan isterinya pasti sampai bila-bila pun tak akan pernah tersusun barangan dan kelengkapan rumah tu.
Sehinggalah Zairul menjumpai satu buku milik Shiela dan beberapa helaian kertas yang berterabur diruang meja rehat.
"Umur dah 24,tapi kebudak-budakan lagi ye,buku pun tak reti nak susun " bisik hati Zairul sambil tangannya sibuk mengemas.

*Malamnya...
"Tingtongtingtong"bunyi loceng rumah,Zairul terus membuka pintu dan melihat isterinya yang sedang terhuyung hayang,lantas Zairul memapahnya dibawa masuk kedalam rumah.
Shiela terus sahaja tertidur sebaik sahaja dia dibaringkan di atas sofa ruang tamu,saat itu bau arak menyelubungi ruang tamu rumah mereka.
"Shiela...maafkan saya tak dapat menjaga awak dengan baik dan tak dapat menjadi imam awak dengan sebenar-benar imam..." sambil tangannya mengusap kepala isterinya,air mata Zairul mula menitis bila melihat keadaan isterinya.

*Keesokannya...

"Awak...bangunlah dah pagi" Zairul menyapa pada Shiela yang masih tidur.
"Uhhhh...ye,saya tahulah awak pergilah" sahut Shiela sambil menggosok matanya.
"awak...hari ini saya akan pergi ke luar negara ada urusan kerja yang saya nak buat,mungkin saya akan berada di sana selama dua minggu" lanjut si Zairul.
"Luar negara???urusan kerja???kerja postman je pun" Bisik hati Shiela.
"Owh yeke?baguslah aman sikit hidup saya" kata Shiela sambil menjelingkan matanya.
Dengan nada yang lembut Zairul melanjukan katanya "Awak,jaga diri baik-baik ye,jaga aurat dan pergaulan awak jika berada di luar, lagi satu saya nak awak tahu saya sayang kat awak."
Shiela agak tergumam sebentar mendengar kata-kata itu kerana itulah buat pertama kalinya suaminya menyatakan sayang padanya.
Namun,keegoan begitu meresapi di dalam diri Shiela "Dah habis dah drama awak?kalau dah habis ada baiknya awak pergi berambus jak sekarang" kata Shiela dengan nada yg agak keras.

*Keesokannya...

"Jujurlah sayang.....aku tak mengapa. . ." dering handphone Shiela.
"Assalaamua'laikum,awak,saya ni..Zairul,awak sihat?,jangan lupa makan ye sayang,I love u..jaga diri baik2."
Agak terkilan Shiela bila mendengar suara suaminya ditambah lagi dengan "I love u".
"Waalaikumussalam,ye saya tahulah"jawab Shiela dengan agak sedikit pelik dan kebingungan.
***
"Hi...malam ni korang boleh datang rumah aku tak?,kita party,suami aku takde kat rumah ni" mesej yang dihantar oleh Shiela buat kawan-kawannya.
Tidak lama kemudian kawan-kawannya pun sampai.
"Hi mila,Hi fira,Hi jefri" sapaan Shiela buat mereka yang baru sahaja tiba.
"Malam ni kita enjoy ! kita minum semahunya sampai muntah,yuhuuuuu!!" jerit Si Mila kawan pada Shiela.

***
Setelah beberapa hari berlalu, ketika Shiela sedang berbaring di sofa menonton television,terlintas dikepalanya, terfikir akan Zairul.
"Apa yang Zairul buat kat luar negara ye,dia tu postman je pun"
kata hati Shiela dengan penuh tanda tanya.
Shiela mula merasakan kesunyian ketika berada di rumah itu bersendirian.
Hari demi hari berlalu,Shiela kelihatan begitu risau kerana memikirkan sudah hampir seminggu asal nak makan terpaksa keluar untuk bungkus makanan.Selama ini hanya Zairul yang memasak dan Shiela hanya tahu makan je.
*Dua minggu berlalu dan tiba masanya Zairul pulang..
"Dringdringdring.."bunyi telefon rumah Shiela.
"Helo...ini puan Shiela?maaf ini dari hospital bandaraya,suami puan Zairul bin Mahmud telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya harap puan dapat datang dengan segera".
Shiela amat terkejut dan terdiam seketika.
Sejurus selepas itu tiba-tiba loceng pintu berbunyi dan dengan perlahan Shiela berjalan lalu mbuka pintu.
Lantas dilihatnya ada seorang postman yang membawa bungkusan.
"Ini untuk puan Shiela" kata postman tersebut.
Shiela pun mengambil bungkusan tersebut dan terlihat ada sepucuk surat di luarnya.
"Assalaamua'laikum...ke hadapan isteri yang ku cintai...sebenarnya saya pergi ke luar negara bukanlah kerana urusan kerja,tetapi semata-mata nak belikan awak rantai idaman awak sejak kecil lagi...Dan saya belikan rantai ni sempena hari kelahiran awak hari ini...Mesti awak tertanya-tanya mana saya dapat duit hingga mampu belikan awak rantai ni kan?,awak sebenarnya saya telah menggunakan duit yg telah saya kumpul selama ini untuk mengapai impian saya ke Baitullah...Tapi merasakan saya tak mampu nak jadi imam yang terbaik buat awak jadi biarlah saya gunakn duit itu untuk tebus khilaf saya dalam mendidik awak...lagipun kalau Allah dah rezekikan saya untuk sampai ke sana saya pasti sampai juga...Awak,ianya hadiah buat awak...Saya harap awak terimanya dengan hati yang terbuka...Happy bithday sayang yg ke-25...Salam...Yg benar ZAIRUL."
Selesai membaca surat itu Shiela terus rebah dan terdiam seribu bahasa.
Dengan keadaan yang begitu melemahkan tubuhnya,dia berusaha apa dayanya untuk bangun mengambil kunci keretanya mahu menuju ke hospital.
Saat memandu,air mata Shiela mula mengalir dan tiada satu kata pun yang mampu untuk disuarakan betapa kesal dirinya.
Setelah sampai di hospital,suasana agak suram,ketakutan mula menyelubungi hati Shiela.
Dengan cemas Shila bertanya pada nurse di kaunter Hospital tersebut
"Cik,dimana Encik Zairul bin Mahmud di tempatkan?saya isterinya".
"Puan,rasanya nama itu tidak ada di senarai kami puan, puan boleh cuba tengok di wad sebelah kanan tu,ianya wad lelaki" kata nurse kaunter tersebut.
Shiela pun bergegas dengan segera,berlari dalam keadaan yang lemah sambil menangis teresak-esak dalam sebak.
Terpandanglah ia sekujur tubuh yang baru sahaja ditutupi wajahnya dengan kain selimut berwarna putih,di mana waktu itu mesin denyutan jantung bersebelahan pesakit itu memaparkan garis lurus,dgn bunyi 'beeeeeeeeeeep' yg pnjg.
Rebahnya seorang wanita keras hati merasa tidak berdaya,sedih tidak terkata menjadi tanggungannya.
Menangis Shiela dengan teresak-esak dan semahunya.
Tiba-tiba........

"Betul lah awak ni masih kebudak-budakan,sampai suami sendiri pun tak tahu nak bezakan".
Satu suara yang agak mgejutkan Shiela,kemudian Shiela menoleh ke arah suara tersebut dan ternyata suara itu datangnya dari seorang lelaki yang bernama Zairul,dengan tenaga yang berbaki Shiela berusaha bangun dan berlari menuju suaminya lalu memeluknya semahunya.
"Awak......maafkan saya....saya menyesal..." rintihan lemah dari mulut Shiela dengan nada yg agak terketar sedikit kerana tangisannya yg begitu sebak.
Zairul terkesima.

Mereka pulang ke rumah.

Sebaik masuk ke kamar Shiela.

"Sayang...maaflah sebenarnya semua ni saya dah rancang awal-awal lagi,saya upah seorang wanita untuk call awak agar sampaikan yang saya kemalangan dan saya juga telah mngupah seorang postman untuk sampaikan bungkusan rantai tu".
Kata Zairul pada isterinya dalam keadaan berbaring dan mengusap kepala isterinya.
"Awak...maafkan saya ye,lepas ni saya janji akan jadi seorang isteri yang solehah,dan satu lagi,,lepas nih,boleh tak jangan buat mcm tu lagi,boleh tak?saya tak nak kehilangan awak..."Sahut Shiela sambil menangis dan memeluk suaminya.
Lanjut Shiela lagi "Tapi macam mana awak tahu,saya ada mengidamkan seutas rantai ye???dan macam mana awak tahu hari lahir saya,kan sebelum ni kita tak pernah pun berbual???".
Kemudian dengan tersenyum Zairul pun berkata "Sebenarnya waktu saya mengemas tempoh hari, saya terjumpa diari awak dan beberapa helai kertas berserta gambar-gambar rantai idaman awak tu,jadi masa tu saya ambillah kesempatan baca sikittttt diari awak,sikitttttt je pun hehehe.. Sikit.".
Shiela dengan muka yang berkerut,memukar mimik wajahnya mengetapkan bibir "owh, berani awak ye ...nak saya tumbuk ke??"
" hihi guraulah ...awakkkk..boleh tak saya panggil awak 'abangggg' dan awak panggil saya 'sayang'.. ahakz! emm malu pulak rasanya hihihi".
"Yela mestilah boleh,awak kan isteri saya...sayang,sbenarnya abang dah mula jatuh cinta kat sayang sejak pertama kali lagi abang memandang wajah sayang.."itulah satu lafaz cinta dari Zairul buat pertama kalinya.
"Abanggg....maafkan sayang ye bang...kini sayang sedar,betapa sayang perlukan abang dan lagi satu sayang dah sedar betapa sayang mencintai dan menyayangi abang"dengan nada yg begitu agak lembut,Shiela myatakan cintanya pada suaminya.
Zairul tersenyum lantas memeluk Shiela dengan lembut "alhamdulillah...syukur pada Allah atas kesempatan buat kita untuk mrasakan nikmat cinta ini,emm sayang...matikanlah lampu tu,dah lewat malam ni jum tidur" kata Si Zairul sambil mengenyitkan matanya.
"Ai abang,lewat malam apenyaa baru jam8 malam ni ha! ...emm takpelah,nak bangun awal esok ye bang maklumlah esok Sholat jumaat yekan hihihi jummm..."
Sahut si Shiela sambil mematikan suis lampu.
***
Sejak hari itu kehidupan mereka begitu bahagia dan menjadi sepasang suami isteri yang Sholeh dan Sholehah.
TAMAT
 



Hasil Karya: Salamku UntukUmmat/Maafkanku93/Zaihan bin Jainudin
Lukisan: Nurfirdaus Ibrahm
Alhamdulillah ini adalah hasil karya saya yang kedua kalinya.
Buat kita hayati dan amati pengajarannya semoga bermanfaat.
Amat di alu-alukan sebarang teguran/Komen agar saya boleh memperbaiki lagi penulisan saya.
Share pada rakan anda...
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment