Thursday 28 May 2015

Sempurnakan cinta.

Assalaamua'laikum semua.

Hidup ini,tidak pernah lepas untuk merasakan rasa cinta.Kerana itu adalah fitrah yang sudah tertulis buat kita semua sebelum lagi diri kita berjasad.
Apa yang membezakan cinta itu antara kita semua adalah bagaimana cara kita mengendali hati dan membawa cinta itu ke arah yang benar mahupun kepada yang lebih baik.
Setiap perasaan cinta yang lahir pada hati kita semestinya inginkan permulaan namun tidak sesekali inginkan pengakhiran kerana kita tahu untuk menjadikan cinta itu"selamanya" pastinya tidak punya pengakhiran.
Namun,setiap kisah cinta yang kita lalui pasti ada pahit dan manisnya,kekadang bagi yang tidak mampu menangani kepahitan dalam percintaan akan terus menerus menjunam dalam kegagalan hingga merasa berputus asa dalam meneruskan hidup di alam maya ini.
Hanya hati yang jujur dan ikhlas dalam menerima cinta itu akan merasa nikmat kebahagiaan yang sebenar,kerana disebalik rasa jujur dan ikhlas itu terselindung satu rasa yang dikenali sebagai "menghargai".
Bilamana,kita mula merasa dan faham apa itu erti"menghargai", pastinya setiap detik kita akan selalu membawa hati kita lebih berhati-hati dan sentiasa bertawakal agar dijauhkan daripada "kecurangan".
Berjuta yang gagal dalam bercinta,hanya kerana terlepas pandang erti "menghargai".
Hargailah mereka yang benar-benar sayangkan diri kita,yang sudah banyak berkorban dan sudah meletakkan hati serta dirinya dalam cinta yang sudah dibina bersama selama ini.

"Kadang,sesuatu yang berharga disaat kita kehilangannya baru kita mula menyedarinya.Sedangkan waktu itu,sudah terlalu terlambat untuk menyedarinya."

Write by: Zaihan Jainudin

No comments:

Post a Comment