Saturday 11 July 2015

Ikhlas.

IKHLAS.

Assalaamua'laikum...
Terlebih dahulu aku mohon maaf buat para pengunjung kerana terlalu lama sudah aku tak update blog ni.^^

Malam ni,mari kita sama-sama merenung,apa yang ada pada"Ikhlas".

Bila sebut soal"Ikhlas" ianya meluas,seperti ikhlas memberi pertolongan,ikhlas dalam berkasih sayang,ikhlas dalam mencintai,ikhlas dalam perkerjaan,ikhlas dalam berteman dan lain-lain lagi.

Untuk bahagia,ianya kenalah bermula dari hati,kerana dari hatilah timbulnya"NIAT" dan daripada niat itulah kita akan tahu sejauh mana kita meletakkan "keikhlasan" di dalam hati kita untuk melakukan sesuatu perkara.

Sebagai contoh,cuba kita renung setakat perjalanan kita sejak kecil hinggalah kini.Tanya pada diri,apa benar kita ikhlas dalam bersahabat?,jika "Ya".Pernahkah mendoakan sungguh-sungguh kebahagian buatnya? dan pernahkah kita hadir di sisinya memberi apa daya mampu kita untuk membantunya saat ia benar-benar perlukan pertolongan?.

"Innamal a'malu binniyat",
"tiap-tiap sesuatu bermula dari niat",dan hanya niat yang ikhlas bakal di terima.

Tidak dinamakan cinta,andai"ikhlas" itu tidak pernah ada dalam percintaan.

Tidak dinamakan sahabat,andai"ikhlas" itu tidak pernah ada dalam persahabatan.

Tidak dinamakan kasih sayang,andai"ikhlas"itu tidak pernah ada didalam kasih mengisi.

Sama-sama kita merenunginya,semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

No comments:

Post a Comment